◉ HEADLINES

Wan Saiful cadang kerajaan beri moratorium kepada penyewa MyKiosk selama 6 bulan

Moratorium itu boleh memberi kelegaan kepada ribuan penjaja kecil

12:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mencadangkan supaya kerajaan memberikan moratorium sewa MyKiosk selama enam bulan kepada semua penyewa aktif di seluruh negara.

Menurut Wan Saiful, tekanan kos sara hidup yang masih tinggi, dipacu oleh kenaikan harga bahan api, kos logistik serta peningkatan harga bahan mentah telah memberi kesan langsung kepada peniaga kecil.

“Moratorium ini juga merupakan langkah bantuan bersasar yang bersifat sementara, yang dapat memberi ruang pembaikan aliran tunai kepada peniaga mikro untuk menstabilkan operasi mereka dalam keadaan kos sara hidup yang semakin mencabar,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Moratorium berkenaan, katanya boleh diberikan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk membantu golongan peniaga kecil dan mikro tersebut.

Beliau turut memberitahu, dalam pertemuan dengan kumpulan penjaja kecil Tasek Gelugor, peniaga terbabit menyatakan mereka benar-benar terkesan apabila margin keuntungan yang sememangnya sudah kecil, menjadi semakin kecil dalam suasana ketidaktentuan ekonomi.

“Laporan media mengatakan terdapat 7,243 unit kiosk di seluruh negara, dengan kos pembangunan RM150 juta dan kadar sewa bulanan pula ialah antara RM200 ke RM300 sebulan.

“Jika diberikan moratorium sewa, anggaran kos bantuan kerajaan ialah RM8.6 juta hingga RM13 juta sahaja. Malahan kos ini mungkin lebih rendah kerana kadar penggunaan bukan 100 peratus,’’ katanya.

Wan Saiful memberitahu, jika dibandingkan dengan keseluruhan kos pembangunan program MyKiosk yang mencecah sekitar RM150 juta, jumlah bantuan itu adalah kecil namun mampu memberi kelegaan kepada ribuan penjaja kecil. – 14 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related