◉ HEADLINES

Polis masih siasat kes guru rempuh pelajar: Peguam Negara

Peguam Negara sahkan kertas siasatan belum diterima; guru 57 tahun dijangka didakwa tidak lama lagi

10:46 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Siasatan berhubung insiden seorang guru merempuh dua pelajar hingga mengakibatkan seorang maut di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas, minggu lalu, masih berjalan.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, berkata pihaknya belum menerima kertas siasatan daripada polis.

“Pejabat pendakwaan kami di Kelantan sudah diberi taklimat oleh pihak polis baru-baru ini. Arahan kami adalah untuk siasatan lanjut dijalankan sebelum keputusan muktamad dibuat. Justeru, setakat ini siasatan masih dijalankan dan kertas siasatan belum diterima,” katanya ketika dihubungi media.

Sebelum ini, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, memaklumkan guru berusia 57 tahun yang dipercayai memandu kereta terbabit akan didakwa dalam masa terdekat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dengan guru berkenaan kini dibebaskan atas jaminan polis.

Dalam kejadian jam 1.50 tengah hari Ahad lalu, seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu maut di lokasi akibat cedera parah di kepala dan badan, manakala rakannya turut parah selepas dirempuh kereta dipercayai dipandu guru wanita. – 20 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

RM200m World Cup rights fee puts Malaysia’s 2026 viewing at risk

Malaysia could miss live coverage of the 2026 FIFA World Cup as a steep RM200 million broadcasting fee strains Astro and RTM, raising doubts over whether fans will be able to watch football’s biggest tournament

More than 100 Foodpanda riders protest over low wages at company headquarters

New Google Maps-based system forces riders to make more deliveries to make ends meet

◉ Related