◉ HEADLINES

Kerajaan tidak tangguh PRN sebab takut kalah: Zahid

Timbalan Perdana Menteri tegaskan hak pembubaran DUN terletak pada pemerintah negeri, bukan Kerajaan Perpaduan

5:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Dakwaan kononnya Kerajaan Perpaduan mahu menangguhkan PRN Melaka dan Johor kerana takut kalah disifatkan tidak berasas oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sambil menegaskan hak pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) terletak sepenuhnya pada pemerintah negeri.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO membidas kenyataan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin, sambil menegaskan kerajaan tidak akan mengulangi langkah yang pernah dibuat bekas perdana menteri itu ketika menerajui pentadbiran negara.

“Jadi, janganlah apa yang dia (Muhyiddin) buat, dia fikir orang lain akan buat macam dia juga,” katanya selepas merasmikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Muhyiddin yang mendakwa cadangan penangguhan PRN didorong rasa takut akibat kehilangan sokongan rakyat.

Sebelum ini, Pengerusi DAP Melaka Khoo Poay Tiong mencadangkan penangguhan PRN bagi mengurangkan beban rakyat yang berdepan kenaikan kos sara hidup akibat krisis tenaga global.

Ahmad Zahid menegaskan tidak timbul soal menangguhkan PRN di kedua-dua negeri kerana keputusan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah hak mutlak pemerintah negeri.

“Ini (PRN) terserah pada Tuan Yang Terutama (TYT), Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Sultan Johor dan Yang di-Pertuan Agong sendiri kerana hak pembubaran DUN terletak kepada mereka,” katanya. – 20 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related