◉ HEADLINES

Abdul Halim sesuai jadi nakhoda SPRM: Anwar

Anwar berkata Abdul Halim mempunyai latar belakang dalam badan kehakiman serta tidak mempunyai penglibatan dalam mana-mana perniagaan besar atau parti politik tanah air

5:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Abdul Halim Aman disifatkan sesuai untuk mengetuai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai Ketua Pesuruhjaya agensi itu yang baharu.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Abdul Halim mempunyai latar belakang dalam badan kehakiman serta tidak mempunyai penglibatan dalam mana-mana perniagaan besar atau parti politik tanah air.

“Sekarang giliran Ketua Pesuruhjaya yang baharu. Tentunya terlalu awal untuk dinilai, namun beliau datang daripada badan kehakiman dan tidak terlibat dalam mana-mana perniagaan besar atau parti politik.

“Jadi, saya fikir beliau sesuai menakhodai SPRM dan terus meningkatkan keupayaan SPRM.

“Saya telah berbincang dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim semalam untuk mempertimbangkan pelantikan beliau bagi tempoh dua tahun,” lapor Bernama.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pengiktirafan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Sebagai Pusat Transformasi Digital Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) di NADI Kubang Semang, Pulau Pinang, hari ini.

Terdahulu, Sultan Ibrahim telah memperkenankan pelantikan Abdul Halim, 69, sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu berkuat kuasa 13 Mei ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata pelantikan berkenaan selaras dengan subseksyen 5(1) Akta SPRM atau Akta 694.

Dalam pada itu, Anwar turut merakamkan penghargaan kepada Tan Sri Azam Baki yang menyandang jawatan itu dan dijadualkan tamat pada 12 Mei ini, atas segala khidmat yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatannya. – 25 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related