◉ HEADLINES

Umno akan guna naratif tidak lagi bersama DAP pada PRN Melaka ‘itu semua wayang’: Sanusi

Menteri Besar Kedah itu yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat berkata, naratif itu tidak boleh dipercayai kerana kerjasama tersebut akan tetap terjalin

1:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Umno Melaka menggunakan naratif tidak akan bersama dengan DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sedangkan di belakang ada pakatan politik, demikian dakwa Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Sambil menyifatkan ia sebagai wayang, Menteri Besar Kedah itu yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat berkata, naratif itu tidak boleh dipercayai kerana kerjasama tersebut akan tetap terjalin.

“Di belakang mereka akan ada pakatan. Empat kerusi akan diswastakan dekat DAP, lain-lain dia akan campur. Dia (Umno) kata nak tanding semua….bohong. Hilang deposit,’’ katanya ketika berucap pada ceramah dan pelancaran jentera Pilihan Raya PAS negeri Melaka, di Bukit Katil, malam tadi.

Pada PRN lalu, daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Barisan Nasional (BN) memang 21 kerusi, Pakatan Harapan (PH) lima dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi DUN.

Mengikut pecahan, Umno memperoleh 18 kerusi DUN dan DAP empat kerusi DUN.

Dalam ucapannya itu juga, Sanusi mensasarkan minimum untuk PAS memperoleh 15 kerusi DUN yang dipertandingkan di Melaka.

“Kita nampak 24 kerusi tidak begitu sukar, kalau strategi kena, kita boleh pergi lebih jauh. BN boleh menang 21 DUN. PAS boleh menang balik.

“Sasaran minimum 15 kerusi, tetapi potensi itu ada untuk capai lebih. Kalau boleh pergi (menang) 21 kerusi… Alhamdulillah.

“Di mana Umno bertanding, kita boleh masuk (bertanding), boleh menang

“Di negeri saya (Kedah), Umno tiada kerusi, tuan-tuan boleh buat di Melaka, Umno tiada kerusi di Melaka,’’ katanya.

Dalam ucapannya itu juga, Sanusi meminta semua pihak supaya mengetepikan perbezaan dan menumpukan kepada usaha untuk menangi PRN di Melaka, sekali gus menumbangkan BN dan PH.

Dengan masa yang semakin suntuk, beliau berkata, jentera parti perlu bergerak segera bagi berdepan dengan PRN yang bakal berlangsung tidak lama lagi. – 26 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

◉ Related