◉ HEADLINES

Arah audit struktur, digital menyeluruh Hospital Ampang: Dzulkefly

Ia bagi menangani isu-isu asas yang berpunca daripada infrastruktur fasiliti itu yang kian menua, termasuk Sistem Maklumat Hospital (eHIS)

10:53 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan audit struktur dan digital yang menyeluruh dijalankan ke atas Hospital Ampang bagi menangani isu-isu asas yang berpunca daripada infrastruktur fasiliti itu yang kian menua, kata Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Dalam hantaran di media sosial beliau hari ini, Dzulkefy berkata KKM sedang berusaha dengan segera untuk memastikan keadaan kembali normal dan keselamatan pesakit kekal sebagai keutamaan yang tidak boleh dikompromi.

Mengenai gangguan Sistem Maklumat Hospital (eHIS), Dzulkefly berkata ia disebabkan oleh ralat penyelenggaraan teknikal yang menjejaskan modul sistem.

“Pasukan teknikal sedang menjalankan system synchronisation dan pengesahan integriti data. Pelan Kesinambungan Perkhidmatan (BCP) diaktifkan untuk memastikan penjagaan klinikal diteruskan secara manual tanpa gangguan,” katanya selepas lawatan ke hospital itu hari ini untuk menyelia tindakan pemulihan berkaitan cabaran sistem digital dan infrastruktur baru-baru ini.

Mengenai kapasiti diagnostik fasiliti itu, beliau berkata projek penggantian mesin imbasan CT hampir siap. Berikutan peralihan kepada model pajakan baharu, unit ini dijangka beroperasi menjelang 1 Mei.

Beliau berkata KKM sedang menyemak semula protokol perolehan bagi mengelakkan kelompangan transisi tersebut berulang pada masa hadapan.

Mengulas mengenai integriti infrastruktur hospital, beliau berkata kebocoran di kompleks bilik bedah (OT) baru-baru ini melibatkan paip air dalam sistem pengudaraan.

“Walaupun pembaikan telah diselesaikan dengan cepat, kami kini menjalankan proses sterilisasi  mandatori, pembersihan terminal dan audit partikel udara. Tidak akan ada kompromi, bilik bedah hanya akan dibenarkan beroperasi semula sebaik sahaja pematuhan audit kawalan infeksi 100 peratus,” katanya.

Dzulkefly juga merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada petugas barisan hadapan Hospital Ampang atas dedikasi dan ketabahan mereka dalam mengharungi cabaran baru-baru ini, sekali gus mengulangi komitmen kerajaan untuk membina infrastruktur kesihatan yang berdaya tahan dan selamat untuk kesejahteraan rakyat. – 30 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

PayNet confirms DuitNow QR code transaction fee for merchants starting Oct 1

In a statement on the matter, PayNet, the operator of DuitNow QR, clarified that the fee follows the lifting of a waiver on the merchant discount rate, which is charged based on a percentage of the payment transaction value.  

◉ Related