◉ HEADLINES

Tembok China kebal, hajat Malaysia terhenti di suku akhir

Walaupun tewas, Malaysia tetap boleh berbangga apabila mara ke suku akhir buat kali keempat, sekali gus menyamai pencapaian terbaik dalam sejarah penyertaan selepas edisi 2004, 2008 dan 2010

8:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kempen Malaysia dalam saingan Pusingan Akhir Piala Uber 2026 berakhir dengan kekalahan 0-3 kepada juara bertahan China pada peringkat suku akhir di Forum Horsens, hari ini.

Menampilkan sedikit rombakan dengan mengetepikan kapten pasukan M. Thinaah, Malaysia bermula hambar apabila pemain perseorangan wanita nombor 33 dunia K. Letshanaa tewas 17-21, 18-21 kepada pemain nombor dua dunia Wang Zhi Yi dalam tempoh 47 minit meskipun memberikan tentangan sengit.

Malaysia hampir menyamakan kedudukan menerusi beregu pertama yang membuat penampilan sulung, Ong Xin Yee-Carmen Ting, yang tidak menunjukkan rasa gementar ketika menentang pasangan nombor satu dunia, Liu Sheng Shu-Tan Ning.

Pasangan nombor 22 dunia itu mempamerkan ketahanan serta pertahanan mantap untuk mengheret perlawanan ke set penentuan, namun akhirnya tewas 14-21, 21-16, 13-21 selepas pertarungan sengit selama 79 minit.

China mengesahkan kemaraan ke separuh akhir menerusi perlawanan ketiga apabila pemain nombor empat dunia Chen Yu Fei terlalu unggul buat pemain nombor 37 dunia Wong Ling Ching dengan kemenangan 21-10, 21-10 dalam masa 36 minit.

Walaupun tewas, Malaysia tetap boleh berbangga apabila mara ke suku akhir buat kali keempat, sekali gus menyamai pencapaian terbaik dalam sejarah penyertaan selepas edisi 2004, 2008 dan 2010.

Skuad negara memulakan kempen Kumpulan B dengan kemenangan 3-2 ke atas Turkiye sebelum membelasah Afrika Selatan 5-0 bagi mengesahkan tempat ke kelompok lapan terbaik.

Malaysia menamatkan saingan sebagai naib juara Kumpulan B selepas tewas 1-4 kepada juara enam kali, Jepun.

Pusingan Akhir Piala Uber 2026 yang bermula pada 24 April lalu dijadual berlangsung hingga 3 Mei ini. – 30 April, 2026

Topics

 

◉ Popular

Penang Sukma rugby player dies after collapsing during training in Kulim

A 21-year-old Penang Sukma rugby player died after collapsing during a training session in Kulim, with police classifying the case as a sudden death pending further investigations and a post-mortem examination

PM congratulates national team on 2026 Sepak Takraw World Cup quadrant event victory

Malaysia lifted the inaugural quadrant trophy after defeating India 2–0 in the 2026 Sepak Takraw World Cup final last night at Titiwangsa Stadium here

Non-malays frustration and anger – William Leong Jee Keen

Non-Malay dissatisfaction with PMX and PH is understandable, yet William Leong stresses that abstaining from voting risks surrendering the nation’s future. He argues that reforms, though imperfect, are still vital to protect Malaysia’s democratic path

◉ Related