◉ HEADLINES

DBKL pasang 10,000 CCTV sekitar Kuala Lumpur perkukuh tahap keselamatan bandar

CCTV tersebut bukan sekadar merakam, malah mampu mengesan, menganalisis serta mencetuskan tindakan secara masa nyata, sekali gus meningkatkan kecekapan respons antara agensi

10:19 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebanyak 10,000 Kamera Litar Tertutup (CCTV) telah dipasang di lokasi strategik termasuk jalan utama, persimpangan, kawasan awam dan pusat komersial di ibu kota bertujuan memperkukuhkan tahap keselamatan bandar.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam hantaran di Facebook berkata, CCTV tersebut bukan sekadar merakam, malah mampu mengesan, menganalisis serta mencetuskan tindakan secara masa nyata, sekali gus meningkatkan kecekapan respons antara agensi.

Menurut DBKL, pelaksanaan pelaksanaan sistem CCTV bersepadu berskala besar ini  menghubungkan pemantauan, penguatkuasaan dan pengurusan bandar secara menyeluruh.

“Melalui penyelarasan yang lebih kukuh bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), pelbagai insiden seperti kemalangan, kecemasan, kesesakan luar jangka dan risiko banjir kini dapat dikesan lebih awal bagi membolehkan tindakan segera diambi,’’ katanya.

“Antara keupayaan utama sistem ini termasuk penggunaan geo-fencing di kawasan berisiko tinggi, teknologi pengecaman wajah bagi menyokong operasi keselamatan, analitik tingkah laku untuk mengesan pergerakan mencurigakan serta sistem siar raya bersepadu bagi penyampaian amaran secara terus di lokasi,’’ katanya.

Sistem berkenaan, katanya, telah diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh bersama Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil  Marsus serta Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Fadlun Mak Ujud.

DBKL berkata, usaha berkenaan mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan Kuala Lumpur kekal sebagai bandar raya yang selamat, responsif dan berdaya huni untuk semua. – 1 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related