◉ HEADLINES

Bekalan makanan stabil namun harga dijangka melonjak: Mat Sabu

Kerajaan menjangkakan pasaran bakal berdepan tekanan harga dalam tempoh tiga hingga enam bulan akan datang susulan peningkatan drastik kos input utama seperti baja dan makanan ternakan

12:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bekalan makanan negara kekal terkawal dan mencukupi, namun rakyat bakal berdepan tekanan harga dalam tempoh tiga hingga enam bulan akan datang.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mendedahkan bahawa trend peningkatan harga ini adalah kesan rantaian daripada lonjakan kos input utama global.

Jelas Mohamad Sabu kenaikan harga di pasaran tidak dapat dielakkan apabila kos pengeluaran di peringkat peladang dan penternak melambung tinggi.

Dalam sektor penternakan, kos makanan haiwan kini menyumbang sehingga 70% daripada keseluruhan kos pengeluaran ayam. Manakala bagi sektor pertanian pula, kos baja sahaja sudah mencecah antara 40 hingga 50% daripada kos operasi pengeluaran sayur-sayuran, selain dibebankan lagi dengan kenaikan harga bahan api dunia.

“Apabila kos input ini meningkat, kesannya akan terpancar pada harga di pasaran yang mungkin akan terkesan tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi membenteng kestabilan bekalan dan mengawal harga daripada melambung tanpa kawalan, Mohamad menegaskan bahawa Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) telah digerakkan secara agresif untuk memantau situasi ini secara berkala.

Dalam mendepani cabaran ini, beliau turut menitipkan pesanan buat seluruh rakyat Malaysia agar lebih strategik dalam menguruskan ekonomi rumah tangga. Beliau menyeru orang ramai supaya sentiasa berbelanja secara berhemah, mengelakkan sebarang pembaziran makanan serta mengutamakan pembelian barangan keperluan yang mendesak sahaja.

“Insya-Allah, dengan usaha bersama antara kerajaan dan rakyat, kita mampu mengharungi cabaran ekonomi ini dengan tenang,” katanya lagi. – 3 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related