◉ HEADLINES

Kes saman fitnah: Chegubard mohon maaf kepada Nik Nazmi, akui kenyataan palsu

Badrul Hisham Shaharin akan menurunkan segala kandungan media sosialnya serta laman web berkenaan yang menyatakan fitnah terhadap bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berhubung satu projek rancangan tebatan banjir

2:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kes saman fitnah bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad terhadap Badrul Hisham Shaharin selesai selepas actives itu membuat permohonan maaf secara terbuka di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard yang membacakan penghakiman persetujuan bersama berkata beliau mengakui dakwaannya terhadap Nik Nazmi adalah palsu dan tidak berasas. 

“Saya menarik balik semua dakwaan terhadap YB Nik Nazmi Nik Ahmad. Saya dengan tulus ikhlas memohon maaf kepada YB Nik Nazmi di atas rasa malu, kesusahan dan kesulitan yang mana berbangkit kepada beliau. 

“Saya memberi aku janji untuk tidak akan mengulangi atau menyebarkan sebarang kenyataan atau dakwaan lanjut mengenai perkara yang sama atau mempunyai kesan serupa,” katanya.

Selain itu, Badrul Hisham berkata beliau akan menurunkan atau mengeluarkan segala perkataan yang dipersoal serta pautan dalam semua akaun media sosialnya serta laman web berkenaan.

Hakim Gan Techiong kemudian merekodkan penghakiman persetujuan dengan terma penyelesaian yang dinyatakan dalam draf persetujuan.

“Berdasarkan perintah persetujuan ini, defendan (Badrul Hisham) perlu menyiarkan video permohonan maaf di mana-mana akaun media sosialnya dalam tempoh 24 jam selepas permohonan maaf ini. Sila patuhi supaya tidak dikenakan tindakan menghina mahkamah,” kata hakim itu.

Terdahulu, peguam Razlan Hadri Zulkifli mewakili Nik Nazmi memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak-pihak telah mencapai penyelesaian serta bersetuju dengan penghakiman persetujuan dan perkara itu disahkan peguam Zolazrai Zolkapli bagi pihak Badrul Hisham.

Bercakap kepada media selepas prosiding itu, Nik Nazmi berkata pihaknya tidak mahu memanjangkan isu tersebut dan menerima permohonan maaf defendan.

Nik Nazmi yang memfailkan saman pada 15 Jan 2024, mendakwa Badrul Hisham memuat naik lima kenyataan berunsur fitnah terhadap Ahli Parlimen Setiawangsa itu melalui akaun media sosial Facebook milik defendan iaitu “Che GuBard” pada 20 dan 29 Dis 2023 berhubung projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB).

Plaintif mendakwa kenyataan itu antaranya membawa maksud plaintif berbohong kononnya terdapat tender terbuka dalam proses perolehan projek RBT selain berlaku rasuah dalam projek tersebut yang mengakibatkan peningkatan kos kepada RM16.6 bilion.

“Defendan berniat jahat dengan menyiarkan kenyataan itu bagi memburuk-burukkan kewibawaan dan imej saya sebagai seorang ahli politik sehingga saya berdepan dengan kecaman serta perasaan syak wasangka oleh orang awam dan penduduk di kawasan parlimen saya. Reputasi peribadi dan profesional saya juga terjejas,” dakwanya dalam tuntutan saman itu. – 4 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related