◉ HEADLINES

Biar mahkamah tentukan pampasan kepada keluarga mangsa tragedi tanah jerlus di Masjid India: Hannah

Hannah Yeoh berkata keluarga mangsa boleh menggunakan saluran perundangan memandangkan Kuala Lumpur belum pernah berdepan kes seumpama itu

1:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan tuntutan pampasan oleh keluarga pelancong wanita warga India yang maut susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini, pada 2024.

Hannah berkata, peguam waris boleh membuat tuntutan di mahkamah memandangkan Kuala Lumpur belum pernah berdepan dengan kes seumpama itu.

“Peguam mereka boleh buat tuntutan di mahkamah dan kita biarkan mahkamah putuskan berapa pampasan.

“Kita tidak pernah ada kes seperti ini di Kuala Lumpur, jadi kita biarkan mahkamah tentukan,’’ katanya selepas merasmikan Tapak Perkhemahan Taman Wetland Putrajaya hari ini.

Dalam pada itu, Hannah berkata sijil kematian juga telah dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Beliau turut memaklumkan perbincangan telah diadakan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Fadlun Mak Ujud dan difahamkan ahli keluarga mangsa akan pulang ke India terlebih dahulu sebelum mengadakan pertemuan dengannya.

“Saya telah bincang dengan Datuk Bandar, sijil kematian mangsa telah dikeluarkan JPN. Ahli keluarga nak berjumpa dengan saya tapi mereka akan pulang ke India dulu.

“Kita bersimpati terhadap keluarga mangsa atas kejadian yang berlaku. Pasti mereka lega sekarang kerana sijil kematian dikeluarkan,’’ katanya.

Pada 23 Ogos 2024, seorang wanita warga India G. Vijaya Lakshmi telah terjatuh ke dalam lubang benam yang tiba-tiba terbentuk ketika berjalan di Jalan Masjid India.

Meskipun operasi mencari dan menyelamat dijalankan secara besar-besaran melibatkan pelbagai agensi namun mangsa tidak ditemukan.

Pada 27 Februari lepas, keluarga mangsa menggesa kerajaan mengeluarkan sijil kematian bagi membolehkan tuntutan pampasan dimulakan.

Sebelum ini, Vijaya masih diklasifikasikan sebagai orang hilang dan atas sebab itu sijil kematian belum dapat dikeluarkan. – 8 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Sin Sze Si Ya Temple Pioneers of Kuala Lumpur Museum: a journey through history

If you are a local or a tourist looking for a starting point when visiting Kuala Lumpur, the Sin Sze Si Ya Pioneers of Kuala Lumpur Museum should be your first stop to understand the growth, development and community dynamics in this city.

◉ Related