◉ HEADLINES

Adun Sungai Tiang sudah jangka akan dipecat Bersatu, kesal tidak dipanggil Lembaga Disiplin

Abdul Razak Khamis mengakui menerima surat tunjuk sebab mengapa menyokong Hamzah Zainuddin namun tidak dipanggil Lembaga Disiplin untuk memberi penjelasan dan ingin tahu siapa membuat aduan terhadapnya

9:28 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan Bersatu memecat dua Ahli Dewan Undangan (Adun) dan lima Ahli Parlimen sudah dijangka Abdul Razak Khamis, namun agak kesal kerana tidak dipanggil lembaga disiplin untuk membela diri dan menjelaskan dakwaan salah laku yang dilakukannya.

Adun Sungai Tiang yang juga timbalan speaker DUN Kedah berkata beliau sebelum ini menerima surat tunjuk sebab daripada lembaga disiplin menuntut penjelasan berhubung salah laku yang didakwa dilakukannya apabila menyokong bekas Timbalan Presiden Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

“Bagaimanapun, saya sedikit kesal apabila tidak dipanggil untuk diberi peluang memberi penjelasan dalam prosiding bersama lembaga disiplin kerana saya hendak tahu siapa yang membuat aduan terhadap saya.

“Apapun saya reda dengan keputusan ini dan sedar surat tunjuk sebab yang diterima sebelum ini sekadar formaliti, kerana tujuan sebenar mereka adalah mahu memecat saya,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Jelasnya, buat masa ini beliau belum membuat sebarang keputusan sama ada mahu merayu atau tidak kerana mahu berbincang dengan rakan-rakan lain yang turut menerima nasib sama.

Abdul Razak berkata, susulan keputusan itu juga, status beliau kini adalah Adun Bebas yang menyokong Perikatan Nasional (PN) di DUN Kedah.

Beliau turut menyerahkan kepada Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengenai kedudukannya sebagai Timbalan Speaker DUN negeri, berikutan pelantikan itu dibuat pada Sidang DUN.

Semalam, lembaga disiplin Bersatu memecat keahlian dua Adun di Kedah, dan menggantung tujuh termasuk lima Ahli Parlimen.

Menurut lembaga disiplin mereka telah melanggar fasal 9.1.4 perlembagaan Bersatu serta kod etika dan tatakelakuan ahli.

Selain Abdul Razak, Adun lain yang turut dipecat keahlian adalah Dzowahir Ab Ghani (Suka Menanti) dan Ketua Bersatu Hulu Langat Faiz Rahmad.

Ahli Parlimen yang digantung keahlian adalah Datuk Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah), Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Datuk Khlir Mohd Nor (Ketereh), Nordin Ahmad Ismail (Lumut), dan Datuk Abdul Khalib Abdullah (Rompin).

Turut digantung keahlian adalah dua Adun iaitu Syed Lukman Hakim Syed Mohd Zain (Chenderoh) dan Ahmad Man (Kuala Sepetang). – 9 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

◉ Related