◉ HEADLINES

Jho Low ambil kredit perjanjian ekstradisi warga Bangladesh dari Malaysia ke US mohon pengampunan

Agensi penguatkuasaan Malaysia telah bekerjasama rapat dengan FBI dan Jabatan Keadilan AS sejak September 2022 sebagai sebahagian daripada siasatan kes melibatkan Zobaidul Amin

12:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho dilaporkan menggunakan penyerahan seorang lelaki warga Bangladesh dalam kes eksploitasi kanak-kanak oleh Malaysia kepada Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini, sebagai sebahagian daripada permohonannya untuk mendapatkan pengampunan daripada Presiden Donald Trump.

Laporan Wall Street Journal (WSJ) yang memetik sumber memberitahu, dalam permohonan itu, Low, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, juga memberitahu pihak berkuasa Amerika Syarikat bahawa beliau boleh membantu merealisasikan beberapa perjanjian.

Menurut WSJ, perjanjian ekstradisi itu sememangnya telah diusahakan oleh pegawai kanan AS dalam pentadbiran Joe Biden dan Trump.

“Dakwaan Low itu mengejutkan beberapa pihak di Malaysia, yang menyatakan beliau tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penyerahan tersebut,’’ lapor WSJ.

Low Taek Jho – Gambar media sosial, 13 Mei, 2026

Warga Bangladesh berkenaan, Zobaidul Amin, 28, yang didakwa terlibat dalam kes eksploitasi seksual kanak-kanak dalam talian, telah diserahkan kepada AS pada 4 Mac lalu.

Zobaidul dipindahkan ke Alaska oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI) selepas pihak berkuasa Malaysia memudahkan cara proses berkenaan.

Menurut dokumen mahkamah, Zobaidul menetap di Malaysia dan menuntut di sebuah kolej perubatan sebelum ditahan. Dia didakwa menggunakan platform media sosial termasuk Instagram dan Snapchat untuk mengenal pasti serta memaksa mangsa bawah umur menghasilkan imej dan video seksual yang jelas.

Pihak berkuasa berkata aktiviti yang didakwa itu melibatkan ratusan mangsa bawah umur di Alaska, kawasan lain di Amerika Syarikat serta di luar negara.

Agensi penguatkuasaan Malaysia telah bekerjasama rapat dengan FBI dan Jabatan Keadilan AS sejak September 2022 sebagai sebahagian daripada siasatan itu.

Dalam tempoh berkenaan, Jabatan Peguam Negara Malaysia juga telah mendakwa Amin dengan 13 pertuduhan berkaitan pemilikan dan penghasilan pornografi kanak-kanak.

Sementara Jho Low, yang merupakan individu yang paling dikehendaki dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dilaporkan kini memohon pengampunan daripada Presiden Donald Trump dengan permohonan berkenaan difailkan dalam beberapa minggu kebelakangan ini, menurut sumber yang mengetahui perkara tersebut.

Jika diluluskan, ia akan menggugurkan pertuduhan jenayah di Amerika Syarikat terhadap ahli perniagaan buruan Malaysia itu.

Laman web Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat menyenaraikan satu permohonan yang masih menunggu keputusan bagi “Pardon after Completion of Sentence” atas nama Taek Jho Low yang difailkan tahun ini.

Seperti semua permohonan lain, peluang Low untuk mendapatkan pengampunan akhirnya bergantung kepada Trump dan sekumpulan penasihat undang-undangnya.

Jho Low, yang didakwa mendalangi kecurian lebih AS$4.5 bilion (RM20.7 bilion) daripada Malaysia melalui kes 1MDB itu hilang pada 2016 ketika pihak berkuasa dari Singapura hingga ke Australia dan AS menyiasat kes penipuan besar-besaran tersebut.

Lokasi persembunyian Jho Low menjadi sumber kepada spekulasi selama bertahun-tahun dan dia pernah dilaporkan berada di Shanghai. – 13 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

South Africa World Cup midfielder Jayden Adams dies aged 25

South African police said an investigation had been opened after the body of a 25-year-old man found at a house in Schotschekloof, central Cape Town, on Saturday morning. The cause of death has not been confirmed

◉ Related