◉ HEADLINES

Namewee dibebaskan daripada pertuduhan dadah

Keputusan dibuat oleh Majistret Khairunnisak Hassni selepas dimaklumkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi kedua Wee untuk menggugurkan pertuduhan berkenaan

4:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi kontroversi Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee, hari ini dibebaskan oleh Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan dadah.

Keputusan dibuat oleh Majistret Khairunnisak Hassni selepas dimaklumkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi kedua Wee untuk menggugurkan pertuduhan berkenaan, lapor FMT.

Januari lalu, AGC telah menolak representasi yang dikemukakan Namewee untuk menggugurkan dua pertuduhan dadah itu.

Dalam representasi difailkan awal tahun ini, Wee memohon pertuduhan di bawah Seksyen 9(1) Akta Racun 1952 dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 digugurkan atau dikurangkan kepada pertuduhan lebih ringan.

Wee sebelum ini mengaku tidak bersalah atas kesalahan memiliki 0.78g sildenafil dan pertuduhan pindaan memiliki 1.57g methamphetamine.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bilik Hotel Banyan Tree, Jalan Conlay, pada 22 Oktober 2025.

Sildenafil ialah bahan terkawal yang lazim ditemui dalam ubat mati pucuk.

Wee ditahan di hotel berkenaan sejurus selepas melaporkan kematian pempengaruh Taiwan, Hsieh Yun Hsin. – 14 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related