◉ HEADLINES

‘Pihak lain nak lawan 56 kerusi, Negeri Sembilan pun kita lawan 36 kerusi’ : Anthony Loke

Anthony Loke turut melaungkan PH sudah bersiap sedia untuk masuk ke gelanggang PRN

3:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jika Barisan Nasional (BN) Johor mahu bertanding semua kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini maka Pakatan Harapan (PH) juga mahu bertanding semua kerusi di Negeri Sembilan.

Perkara berkenaan ditegaskan oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, yang turut melaungkan PH sudah bersiap sedia untuk masuk ke gelanggang PRN.

“Pihak lain nak lawan 56 kerusi (Johor), Negeri Sembilan pun kita lawan 36 kerusi.

“Johor 56 kerusi, Negeri Sembilan 36 kerusi. Kalau Johor bubar esok, Negeri Sembilan pun bubar esok…boleh?,’’ katanya ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Harapan di Johor hari ini.

Loke yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan dan Ahli Parlimen Seremban berkata, jika mana-mana pihak tidak yakin kepada perjuangan parti, mereka boleh keluar dengan segera.

Sementara itu, dalam ucapannya, beliau yang merupakan Menteri Pengangkutan membentangkan slide mengandungi gambar-gambar projek pembangunan yang dijalankan di Johor.

Menurut Loke, beliau berbuat demikian bagi membuktikan bahawa kemajuan yang dikecapi di negeri itu bukan sebelah pihak sahaja tetapi hasil kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Beliau memberi contoh projek Rapid Transit System Johor Bahru–Singapura (RTS Link) di mana ada pihak yang menyatakan ia adalah hasil kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

“Akan ada kata projek ini dimulakan kerajaan BN. Betul ia dimulakan pada 2018, bila kita ambil alih 2022, banyak masalah belum selesai, tanah belum selesai, kontraktor bermasalah dan hampir tiga tahun terbengkalai.

“Kiita ucap terima kasih pada Perdana Menteri kerana beri sokongan penuh pada projek ini hingga hampir siap dan jadi pemangkin pada pembangunan di Johor Bahru.

“Kita tak nak mana mana pihak, kalau baik semua mereka punya, kalau tak baik semua salah kerajaan pusat, salah Perdana Menteri, salah DAP.

“Ini kita bentangkan, sudah dapat kepentingan kita bersikap adil, jangan segala ambil kredit tanpa berikan kredit kepada pihak lain,’’ katanya. – 17 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Sin Sze Si Ya Temple Pioneers of Kuala Lumpur Museum: a journey through history

If you are a local or a tourist looking for a starting point when visiting Kuala Lumpur, the Sin Sze Si Ya Pioneers of Kuala Lumpur Museum should be your first stop to understand the growth, development and community dynamics in this city.

◉ Related