◉ HEADLINES

Titah dan teguran Raja wajar didekati dengan hikmah – Sivamalar Genapathy

Polemik kenyataan Tony Pua menyentuh Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan mencetus peringatan bahawa prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara bukan sekadar retorik, tetapi tunjang kenegaraan yang wajib dihormati

9:51 AM MYT

 

SAUDARA Tony Pua perlu berhati hati dalam membicarakan soal Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan. Namun dalam isu yang menyentuh asas kenegaraan negara, adalah penting untuk semua pihak termasuk rakan-rakan dalam ruang politik untuk berhati-hati, seimbang dan melihat keseluruhan kerangka, bukan hanya daripada sudut yang menyokong sesuatu pandangan tertentu.

Mukadimah Rukun Negara dengan jelas menekankan perpaduan nasional, pemeliharaan cara hidup demokratik, keadilan yang saksama, penghormatan terhadap kepelbagaian budaya, serta pembinaan sebuah masyarakat progresif.

Dalam konteks Malaysia, semua prinsip ini bergerak seiring dengan kerangka Raja Berperlembagaan yang menjadi sebahagian daripada identiti kenegaraan negara, bukannya sesuatu yang boleh diperlekeh atau ditafsir secara sempit demi kepentingan politik.

Tiada siapa mengatakan Malaysia ditadbir melalui “decree” sesuka hati seperti yang cuba digambarkan. Itu hanyalah hujah strawman yang tidak membantu kepada pemahaman rakyat terhadap realiti sistem kenegaraan negara.

Pandangan Almarhum Sultan Azlan Shah dalam esei bertajuk “The Role of Constitutional Rulers” adalah sangat relevan dalam perbincangan ini ;

“A king is a king, whether he is an absolute or constitutional monarch. But it is a mistake to think that the role of a king in a constitutional monarchy is confined to what is laid down by the Constitution. His role far exceeds those constitutional provisions.”

Pandangan ini mengingatkan kita bahawa sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia mempunyai peranan, nilai dan roh yang lebih luas daripada sekadar bacaan literal terhadap teks perundangan, dan wajar difahami dalam konteks sejarah serta struktur kenegaraan negara.

Pemimpin politik yang mengeluarkan kenyataan yang dilihat mempertikai titah atau teguran Sultan, ia bukan sekadar perbezaan pandangan politik, tetapi boleh ditafsirkan sebagai tidak menghormati semangat Rukun Negara, khususnya prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.

Malaysia memerlukan perbahasan yang matang, berasaskan fakta dan kefahaman menyeluruh terhadap sistem kenegaraan, dengan ruang perbezaan pandangan yang diraikan secara bertanggungjawab tanpa menjejaskan keharmonian Institusi Raja yang menjadi tunjang negara.

Rakyat hari ini cukup bijak untuk menilai sesuatu kenyataan secara adil, dan kita semua mempunyai tanggungjawab untuk memastikan wacana awam terus dipandu oleh kebijaksanaan, hormat institusi dan semangat perpaduan nasional. – 22 Mei, 2026

***Sivamalar Genapathy adalah Timbalan Setiausaha Agung Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat

Topics

 

◉ Popular

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related