◉ HEADLINES

PM seru rakyat tolak naratif kebencian

Keadaan semasa memperlihatkan seolah-olah wujud “tyranny of the minority” apabila ada segelintir pihak yang lantang, marah dan gemar menabur fitnah cuba menentukan kehendak mereka ke atas majoriti rakyat, kata Anwar

2:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru golongan majoriti yang cintakan kedamaian agar bangkit bersuara menolak naratif kebencian dan fitnah yang cuba dimainkan kelompok minoriti terhadap masyarakat negara ini.

Beliau berkata keadaan semasa memperlihatkan seolah-olah wujud “tyranny of the minority” apabila ada segelintir pihak yang lantang, marah dan gemar menabur fitnah cuba menentukan kehendak mereka ke atas majoriti rakyat.

“Sekarang ini minoriti yang bising, marah, yang kejam, panaskan orang. Yang berhimpun, tanam kebencian, buat fitnah dan takutkan orang. Ini seolah-olah tyranny of the minority. Kezaliman, kekejaman golongan kecil yang memaksa golongan besar (majoriti).

“Saya ambil kesempatan ini menyeru… sudah sampai ketikanya yang majoriti ini bersuara dari hati nurani mereka (supaya) selamatkan negara kita dan majukan semua,” kata beliau menerusi ucap tama pada majlis Wacana Harmoni MADANI sempena Hari Wesak, di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook yang juga pengerusi bersama penganjur wacana itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh dan Presiden Majlis Perundingan Buddha Malaysia (MBCC) Lillian Chang. – 23 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related