◉ HEADLINES

PKR tak goyah walau tanpa Rafizi, Nik Nazmi

Ia bukan sesuatu yang luar biasa malah PKR telah melalui pelbagai episod sejak penubuhannya

3:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – PKR tidak akan goyah susulan tindakan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad melepaskan jawatan masing-masing sebagai Ahli Parlimen Pandan dan Setiawangsa serta keluar dari parti berkenaan.

Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim, ia bukan sesuatu yang luar biasa malah PKR telah melalui pelbagai episod sejak penubuhannya.

Malah, kata beliau, parti itu tetap kekal kukuh dan terus menerima pertambahan ahli dari masa ke semasa, lapor Sinar Harian.

“Goyah? Tak ada pun, tak goyah pun. Bahkan kita terus kekal kukuh. Ini sebahagian daripada proses demokrasi.

“Keadilan telah melalui banyak episod dan juga siri-siri di mana kita lihat ada pimpinan-pimpinan yang meninggalkan parti atas alasan dan hujah masing-masing.

“Tapi akhirnya yang membuat penilaian ialah rakyat di luar sana,’’ katanya pada sidang media selepas program Sumbangan Komputer Riba dan Bantuan Awal ke Institusi Pengajian Tinggi di Politeknik Kota Bharu, hari ini.

Muhammad Kamil berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan beberapa pemimpin cabang PKR yang dilaporkan meninggalkan parti itu, sekali gus mencetuskan gambaran bahawa PKR kini semakin lemah.

Pada 17 Mei lalu, Rafizi yang juga bekas Timbalan Presiden PKR dan Nik Nazmi mengesahkan akan mengambil alih sebuah parti politik dikenali Parti Bersama Malaysia atau Parti Bersama Malaysia (Bersama). ,

Kedua-duanya turut mengumumkan peletakan jawatan masing-masing sebagai Ahli Parlimen dan memaklumkan keluar daripada PKR, menerusi surat kepada Setiausaha Agung parti berkenaan.

Dalam pada itu, Muhammad Kamil berkata, AMK akan terus memperkukuh jentera Parti Keadilan Rakyat (PKR) di setiap kawasan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“AMK kekal utuh dan kukuh, bahkan kami menyaksikan dari semasa ke semasa anggota yang baharu menyertai PKR semakin meningkat.

“Kami akan terus beri tumpuan dan fokus kepada usaha untuk memperkukuh dan memperkuat jentera setiap kawasan bagi menghadapi PRN serta PRU akan datang,” katanya. – 23 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related