◉ HEADLINES

Polis sahkan terima ancaman bom palsu di premis terkemuka malam tadi

Pengawal keselamatan tersebut memaklumkan menerima e-mel yang dihantar ke pusat khidmat pelanggan mengatakan terdapat individu meletakkan bom di tingkat 23 menara utara bangunan itu

8:48 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Daerah Brickfields Hoo Chang Hook mengesahkan pihaknya menerima laporan ancaman bom palsu di sebuah bangunan terkemuka di ibu negara malam tadi.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 9.09 malam daripada seorang pengawal keselamatan premis berkenaan.

“Pengawal keselamatan tersebut memaklumkan dia telah menerima e-mel yang dihantar ke pusat khidmat pelanggan mengatakan terdapat individu meletakkan bom di tingkat 23 menara utara bangunan itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Chang Hook berkata Unit Pemusnah Bom, Unit Anjing Pengesan dan Unit Forensik kemudian dikerahkan ke lokasi untuk melakukan pencarian dan mendapati ia ancaman palsu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 507 Kanun Keseksaan,” katanya. – 24 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related