◉ HEADLINES

Kementerian Komunikasi sedia bincang dengan TikTok bantu media jana pendapatan

Organisasi media seharusnya diberikan peluang memperoleh pulangan daripada jumlah penonton yang mengikuti kandungan menerusi platform rasmi mereka, kata Fahmi

4:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi bersedia mengadakan perbincangan dengan TikTok bagi membolehkan organisasi media di Malaysia menjana pendapatan menerusi kandungan penstriman langsung yang disiarkan di platform berkenaan.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata organisasi media seharusnya diberikan peluang memperoleh pulangan daripada jumlah penonton yang mengikuti kandungan menerusi platform rasmi mereka.

“Ramai rakan media bertanya mengapa mereka tidak dapat menjana pendapatan daripada siaran langsung yang mereka lakukan dan saya ingin menyampaikan mesej daripada Ketua-ketua Pengarang kepada Ketua Dasar Awam TikTok Malaysia supaya perkara ini dapat dipertimbangkan.

“Organisasi media merasakan terdapat keperluan untuk mereka mencari sumber pendapatan daripada  siaran langsung dan kandungan dihasilkan, yang pada pandangan saya mempunyai kualiti sangat tinggi,” katanya ketika berucap pada majlis penutup Sambutan Festival Belia @ Hari Belia Negara 2026 Peringkat Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, Fahmi berkata isu berkenaan bukan hanya melibatkan TikTok kerana kebanyakan platform media sosial turut mendapat manfaat daripada kandungan yang dihasilkan organisasi media dan akaun media rasmi.

Bagaimanapun, beliau berkata Ketua-ketua Pengarang memaklumkan terdapat platform tertentu  termasuk TikTok tidak membenarkan organisasi media menjana pendapatan atau memperoleh pulangan daripada kandungan yang diterbitkan.

“Jadi saya memohon dan saya bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan TikTok bagi melihat apa yang boleh dilakukan untuk membantu organisasi media di Malaysia.

“Jika sesebuah organisasi media mengadakan siaran langsung yang menarik puluhan ribu atau ratusan ribu penonton melalui akaun rasmi mereka, tetapi penonton tidak dapat memberikan hadiah maya atau sumbangan kewangan walaupun mereka menonton kerana jenama media itu sendiri, maka seharusnya ada bentuk pulangan daripada platform seperti TikTok,” katanya.

Beliau berkata kementerian akan terus bekerjasama dengan platform media sosial bagi memastikan ekosistem media negara dapat berkembang secara mampan, termasuk meneroka model penjanaan pendapatan yang lebih sesuai untuk organisasi media tempatan. – 24 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related