◉ HEADLINES

Tembak lembu mengamuk: Menteri Besar Perlis ada lesen senapang patah – polis

Polis merakam percakapan Menteri Besar itu dan turut merampas senapang patah tersebut serta sembilan butir peluru jenis 'buckshot' bagi membantu siasatan

3:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah adalah pemegang lesen senjata api yang sah bagi senapang patah yang digunakan untuk menembak seekor lembu yang sedang mengamuk pada program korban perdana Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Perlis, Khamis lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kangar, Yusharifuddin Mohd Yusop, ia berdasarkan semakan oleh Bahagian Pelesenan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar yang mengesahkan lesen senjata api berkenaan adalah sah.

Yusharifuddin turut memberitahu, polis merakam percakapan Menteri Besar itu dan turut merampas senapang patah tersebut serta sembilan butir peluru jenis ‘buckshot’ bagi membantu siasatan.

“Polis menerima laporan daripada orang awam pada jam 4.51 petang semalam berhubung video tular berdurasi 38 saat yang memaparkan kejadian itu di Dataran Lok 9, Kuala Perlis.

“Berdasarkan keterangan Menteri Besar, tindakan melepaskan tembakan itu dilakukan kerana lembu berkenaan sedang mengamuk dan menimbulkan ancaman segera kepada pekerja serta orang awam yang menghadiri Program Korban Perdana DUN Kuala Perlis,” katanya, lapor media.

Sebelum ini tular video di media sosial yang memaparkan Menteri Besar Perlis itu didakwa menembak seekor lembu korban menggunakan senapang patah sehingga mencetuskan perdebatan mengenai kewajaran berbuat demikian.

Sementara Abu Bakar ketika mengulas isu tersebut menegaskan tindakannya menembak seekor lembu yang sedang mengamuk pada program korban perdana itu dilakukan demi keselamatan orang ramai.

Sambil mempertahankan tindakannya itu, beliau memberitahu dakwaan di media sosial yang menggambarkan seolah-olah lembu korban disembelih menggunakan kaedah tembakan adalah tidak benar.

Dalam pada itu, Yusharifuddin memberitahu, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960 (Akta 206) kerana melepaskan tembakan menggunakan senjata api di tempat awam.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum setahun dan denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat, ASP Tengku Mohd Farid Tengku Ibrahim, di talian 019-9939200 atau 04-9082222, atau hadir ke balai polis berhampiran. – 30 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related