◉ HEADLINES

Adun Skudai, Marina Ibrahim umum tidak tanding PRN Johor, undur dari politik

Marina akan meneruskan kerja-kerja kemasyarakatan selepas ini

12:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai, Marina Ibrahim, hari ini mengumumkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dan berundur daripada dunia politik.

Beliau yang merupakan wakil rakyat DAP yang memenangi kerusi Skudai pada PRN Johor pada Mac 2022 itu berkata keputusan tersebut dibuat selepas perbincangan dengan individu yang sentiasa berada bersamanya sepanjang perjalanan politiknya.

“Kini, saya memilih untuk kembali kepada sesuatu yang amat dekat di hati saya sejak dahulu lagi iaitu berada di lapangan, menyantuni masyarakat dan meneruskan kerja-kerja kemasyarakatan yang telah menjadi sebahagian daripada kehidupan saya sebelum saya melangkah ke dunia politik,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Marina berusia 34 tahun ketika memenangi kerusi Skudai dengan majoriti lebih 13,000 undi, mengatasi pencabar terdekatnya daripada MCA-Barisan Nasional (BN) dalam pertandingan tiga penjuru.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pasukannya serta penduduk Skudai yang telah menyokong tugasnya sebagai Adun, sambil memohon maaf atas sebarang kekurangan sepanjang perkhidmatannya.

“Dalam tempoh ini, saya akan terus komited melaksanakan tugasan di lapangan sehinggalah Adun seterusnya dilantik.

“Terima kasih atas segala kenangan, pengalaman dan kepercayaan yang telah diberikan,” katanya.

Marina menjadi wakil rakyat pertama Pakatan Harapan (PH) di Johor yang mengumumkan tidak akan bertanding semula dan bersara daripada politik menjelang pilihan raya negeri yang dikatakan akan diadakan tahun ini, meskipun penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hanya akan berakhir pada suku pertama tahun hadapan.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi daripada Umno-Barisan Nasional (BN), sebelum ini memaklumkan BN akan bertanding di kesemua 56 kerusi DUN pada pilihan raya negeri akan datang tanpa kerjasama dengan sekutunya di peringkat Persekutuan, Pakatan Harapan.

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya likely to lose seven players permanently despite CAS ruling: AFC

It says eligibility falsification case may trigger further disciplinary review after CAS upholds 12-month ban

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

◉ Related