◉ HEADLINES

Konvensyen BN Johor dijangka diawalkan: Setiausaha

Setiausaha BN Johor Datuk Abdul Halim Suleiman berkata tarikh itu mungkin ditukar sebelum 14 Jun ini

3:54 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Konvensyen Barisan Nasional (BN) Johor yang dijadualkan berlangsung pada 14 Jun ini berkemungkinan akan dilaksanakan lebih awal. 

Setiausaha BN Johor Datuk Abdul Halim Suleiman berkata ia susulan perkembangan politik semasa di negeri berkenaan, terutamanya selepas pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor semalam.

“Mungkin tukar tarikh, sebelum 14 Jun ini,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama.

Semalam, Menteri Besar Datuk Onn Hafiz mengumumkan pembubaran DUN Johor selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Sebelum ini, Onn Hafiz yang juga Pengerusi BN Johor dilaporkan berkata konvensyen berkenaan akan menjadi medan utama untuk memperkukuh tekad, kesatuan serta memperhalusi gerak kerja jentera bagi menghadapi PRN.

BN akan bertanding di kesemua 56 kerusi DUN pada PRN Johor ke-16 ini. – 2 Jun, 2026

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

◉ Related