◉ HEADLINES

BN akan tanding semua 36 kerusi DUN Negeri Sembilan

5:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) akan bertanding di kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Menurut Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Jalaluddin Alias, pembahagian kerusi itu akan turut melibatkan MIC dan MCA dengan senarai akan diserahkan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk penilaian dan pertimbangan.

Jelasnya, bagi kerusi yang tidak ditandingi pada PRN 2023, parti perlu mengetengahkan calon muka baharu yang berpengalaman yang dipilih selepas melalui penilaian dan pertimbangan sewajarnya termasuk calon wanita.

“Proses semakan akhir sedang dilakukan dengan mengekalkan hampir 95 ke 97 peratus calon lama di samping membuat penambahan muka baharu,” katanya, lapor media.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dibubarkan pada Jumaat lalu bagi memberikan laluan kepada Pilihan Raya Negeri.

Ia menjadi negeri kedua selepas Johor, yang berbuat demikian. DUN Johor dibubarkan berkuatkuasa 1 Jun lalu.

Pada Khamis, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan gabungan itu akan bertanding di kesemua 36 kerusi DUN.

Dalam PRN ke-15 pada 2023 menyaksikan gabungan politik PH dan BN membentuk kerajaan di Negeri Sembilan apabila menguasai 31 kerusi DUN.

PH memenangi 17 kerusi diikuti BN (14) manakala Perikatan Nasional (lima). – 6 Jun, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related