◉ HEADLINES

Kapal terbang tular tersadai di Sungai Kandis dakwaan palsu: Polis

Polis berkata hasil pencarian mendapati tiada sebarang pesawat tersadai di lokasi berkenaan seperti yang didakwa oleh pemilik akaun Facebook terbabit

9:14 AM MYT

 

SHAH ALAM – Dakwaan tular di media sosial mengenai sebuah kapal terbang yang dikatakan tersadai di kawasan Sungai Kandis, Seksyen 26, di sini, disahkan palsu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Ramsay Embol berkata pihaknya menerima maklumat berhubung dakwaan itu pada 11.55 pagi tadi sebelum menjalankan usaha mengesan dan menjejaki pesawat berkenaan.

Beliau berkata pemeriksaan dilakukan di sekitar lokasi yang dinyatakan berdasarkan koordinat (3.0407719, 101.4824838) seperti dipaparkan dalam hantaran yang tular di Facebook.

“Hasil pencarian mendapati tiada sebarang pesawat tersadai di lokasi berkenaan seperti yang didakwa oleh pemilik akaun Facebook terbabit.

“Justeru, kenyataan atau dakwaan yang dibuat menerusi hantaran itu adalah palsu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan sama, Ramsay menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih atau membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Terdahulu, tular satu hantaran di media sosial yang memaparkan tangkap layar peta penerbangan menunjukkan sebuah pesawat berada berhampiran kawasan berkenaan dengan kapsyen: “Apalah kapal terbang tu buat dekat tepi Sungai Klang di Sungai Kandis??”. – 8 Jun, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia risks missing World Cup 2026 as pressure mounts for Free-to-Air broadcast deal

Analysts urge urgent government intervention to secure accessible coverage of the FIFA World Cup 2026, warning that cost barriers could sideline fans and weaken the nation’s football culture

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related