◉ HEADLINES

43 tahun menanti, isu tanah SJKT Bandar Segamat hampir selesai: Zaliha

Surat Kebenaran Awal Penggunaan Tanah jadi langkah penting; padang sekolah bakal dibangunkan demi murid dan komuniti

10:02 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penantian lebih empat dekad warga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bandar Segamat, Johor untuk memiliki padang dan kemudahan sukan sempurna akhirnya memasuki fasa penyelesaian.

Sekolah itu semalam menerima Surat Kebenaran Awal Penggunaan Tanah bagi tapak yang dicadangkan sebagai padang sekolah — dokumen yang menutup episod panjang isu persempadanan Lot 8740 sejak 1983.

Ahli Parlimen Sekijang Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata semakan mendapati terdapat perbezaan maklumat persempadanan dalam rekod beberapa agensi, sekali gus menjadi punca utama kelewatan pembangunan.

“Saya telah membawa sendiri dokumen serta pelan berkaitan untuk perhatian Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek bagi tindakan susulan.

Alhamdulillah, hari ini pihak sekolah menerima Surat Kebenaran Awal Penggunaan Tanah yang menjadi langkah penting ke arah penyelesaian muktamad isu yang telah berlarutan selama 43 tahun,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan kelewatan itu menyebabkan beberapa generasi murid tidak dapat menikmati kemudahan sukan walaupun sekolah berkenaan terkenal dengan pencapaian cemerlang, khususnya dalam hoki.

“Yang lebih penting, murid-murid akan mempunyai ruang yang lebih sesuai untuk pendidikan jasmani, latihan hoki dan pelbagai aktiviti kokurikulum.

Lebih banyak bakat dapat dicungkil dan lebih ramai anak Sekijang berpeluang mengharumkan nama sekolah serta daerah pada peringkat lebih tinggi,” katanya.

Dr Zaliha yang juga Presiden Kelab Penyokong Kerajaan Madani berkata beliau akan terus memantau proses berkenaan sehingga manfaatnya dapat dinikmati sepenuhnya oleh warga SJKT Bandar Segamat. – 16 Jun, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Axelsen confirms split from wife, just over a week after World Championships withdrawal

The Dane revealed the news on social media on Tuesday evening, saying the decision to part ways was made on amicable terms

◉ Related