◉ HEADLINES

Malaysia, Kemboja perkukuh hubungan media, meterai MoU pembangunan informasi

Perjanjian itu mewujudkan platform untuk kerjasama dalam pertukaran berita dan maklumat, penyiaran radio dan televisyen, percetakan dan penerbitan, pembangunan modal insan, penerbitan filem dan dokumentari, keselamatan siber media, dasar maklumat dan amalan kawal selia, serta inovasi dalam media dan penyiaran

12:15 PM MYT

 

BUTTERWORTH — Malaysia dan Kemboja mengukuhkan lagi hubungan dua hala menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai Kerjasama Pembangunan Informasi dan Media, membuka jalan kepada kerjasama lebih erat dalam pelbagai bidang media dan komunikasi.

MoU itu ditandatangani ad referendum oleh Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan Setiausaha Negara Kementerian Penerangan Kemboja, Prak Thaveak Amida bagi pihak Menteri Penerangan Neth Pheaktra di Hotel Light di sini, pada Sabtu.

Perjanjian itu mewujudkan platform untuk kerjasama dalam pertukaran berita dan maklumat, penyiaran radio dan televisyen, percetakan dan penerbitan, pembangunan modal insan, penerbitan filem dan dokumentari, keselamatan siber media, dasar maklumat dan amalan kawal selia, serta inovasi dalam media dan penyiaran.

Menerusi perkongsian itu, kedua-dua negara menyasarkan untuk menggalakkan pertukaran pengetahuan, kepakaran dan amalan terbaik sambil menyokong pertumbuhan serta transformasi berterusan sektor maklumat dan media masing-masing.

Kerjasama itu juga mencerminkan komitmen bersama Malaysia dan Kemboja untuk memanfaatkan peluang yang ditawarkan oleh persekitaran komunikasi yang semakin digital dan saling berkaitan.

Pemeteraian berkenaan menandakan satu lagi peristiwa penting dalam hubungan yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dan mengesahkan komitmen untuk memperdalam kerjasama demi manfaat bersama rakyat dan industri.

Mewakili Pheaktra, Amida kini berada di Malaysia sempena majlis kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 yang diadakan di Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth di sini hari ini.

Edisi keenam HAWANA itu menghimpunkan kira-kira 1,000 pengamal media tempatan dan asing di bawah tema “Media Berintegriti, Teras Kredibiliti”, dijadual dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tiga petang ini.

Turut dijangka hadir Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Wong Chun Wai, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin serta pengurusan tertinggi organisasi media tempatan. – 20 Jun, 2026

Topics

 

◉ Hangat

[WATCH] Roblox, PS5, and online games not included in Malaysia’s under-16 social media restrictions: Teo Nie Ching

Deputy Communications Minister says phased Online Safety Act targets major social media platforms first, highlights govt’s measured rollout and parental responsibility in online safety

AFC confident ACLE fixtures will be completed despite regional disruptions

The Asian Football Confederation is closely monitoring scheduling challenges caused by regional conflicts but remains confident that all AFC Champions League Elite fixtures will be completed, with only match dates likely to change while the final venue in Jeddah stays the same

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

◉ Related