◉ HEADLINES

PAS tentukan hala tuju sokongan kepada Bersatu, PRN Johor esok: Takiyuddin

Beliau turut memaklumkan bahawa mesyuarat itu akan membincangkan kerjasama politik melibatkan PAS dan parti-parti lain dalam gabungan Perikatan Nasional (PN)

10:46 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – PAS akan memutuskan hala tuju sokongan kepada Bersatu dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, pada Isnin ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan ketika mengesahkannya berkata, keputusan itu akan dibuat dalam mesyuarat khas PAS pusat yang akan diadakan pada jam 5 petang, lapor Sinar Harian.

“Setakat ini PAS masih berpegang kepada kenyataan yang dibuat oleh Presiden sebelum ini. Pada Isnin ini, PAS Pusat akan bermesyuarat untuk membuat keputusan mengenai pelbagai perkara.

“Buat masa ini, belum ada sebarang keputusan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kota Bharu, malam tadi.’

Beliau turut memaklumkan bahawa mesyuarat itu akan membincangkan kerjasama politik melibatkan PAS dan parti-parti lain dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).

Dalam pada itu, mengenai penggunaan logo PN pada PRN Johor, Takiyuddin menjelaskan bahawa isu itu telah selesai memandangkan proses penamaan calon telah selesai semalam.

“Tidak timbul soal hendak tukar kepada logo lain. Sehingga semalam, 16 calon daripada Bersatu, 11 calon daripada PAS dan lima calon daripada Gerakan semuanya menggunakan logo PN. Macam mana hendak tukar sekarang? Calon sudah pun bertanding. Itulah logo yang dibenarkan PN untuk digunakan oleh parti-parti komponennya,” katanya.

Beliau turut berpandangan bahawa semua parti yang bertanding mempunyai peluang yang sama memandangkan PRN Johor melibatkan parti-parti yang berpengalaman dan pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini, termasuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan PRN Johor 2022.

“Saya fikir semua parti mempunyai peluang yang sama. Kita tengok bagaimana keputusannya nanti,” katanya. – 28 Jun, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related