◉ HEADLINES

Perjalanan percuma sebulan di LRT3

Laluan baharu Shah Alam menghubungkan Petaling Jaya dan Klang

12:58 PM MYT

 

KLANG – Pengguna pengangkutan awam di laluan baharu Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) akan menikmati tambang dan bas perantara percuma, selama sebulan bermula esok.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara itu ketika melancarkan perkhidmatan tersebut hari ini di Depoh Johan Setia, di sini.

Orang ramai boleh menggunakan perkhidmatan itu secara percuma dari 29 Jun hingga 31 Julai.

Parkir yang disediakan di kawasan stesen LRT3. – Gambar PMO, 28 Jun, 2026

Perkhidmatan itu akan menghubungkan 20 stesen dari Bandar Utama di Petaling Jaya hingga ke Johan Setia, Klang.

Perjalanan dari hujung ke hujung antara Bandar Utama dan Johan Setia akan dikenakan tambang RM4.90 bagi pengguna tunai.

Bagaimanapun, bagi pengguna yang membuat pembayaran tanpa tunai, tambangnya lebih rendah iaitu RM4.30 untuk perjalanan yang sama. – 28 Jun 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related