◉ HEADLINES

Kerajaan susun semula pengurusan pekerja asing: Zahid

Timbalan Perdana Menteri menegaskan langkah penyusunan semula sistem penggajian pekerja asing akan menjadikan pengurusan lebih cekap, berintegriti dan selaras dengan keperluan industri, sambil mengimbangi keselamatan negara serta peluang pekerjaan rakyat tempatan

9:06 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menyusun semula hala tuju pengurusan penggajian pekerja asing di negara ini bagi memastikan pelaksanaannya lebih terselaras, cekap dan menepati keperluan industri.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu antara persetujuan yang dicapai dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing yang dipengerusikannya di Parlimen semalam.

Beliau berkata mesyuarat itu mencapai beberapa persetujuan utama termasuk berkaitan keahlian dan terma rujukan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing.

Ahmad Zahid berkata mesyuarat berkenaan turut bersetuju supaya Pusat Sehenti Pengurusan Pekerja Asing atau One Stop Centre diselaraskan di bawah seliaan Kementerian Sumber Manusia.

“Matlamat kita adalah untuk memastikan sistem pengurusan pekerja asing menjadi lebih cekap dan berintegriti, di samping mengimbangi keperluan industri, keselamatan negara serta peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Selain itu, beliau berkata kerajaan akan meneliti semula keperluan tenaga kerja asing secara lebih bersasar berdasarkan keperluan sebenar industri.

Pada masa sama, katanya, kerajaan kekal komited mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing melalui peningkatan penyertaan tenaga kerja tempatan, pengukuhan pekerja mahir serta peralihan industri ke arah automasi.

Beliau berkata setiap langkah yang diambil kerajaan dalam pengurusan pekerja asing akan terus berpaksikan kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat. – 1 Julai, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related