◉ HEADLINES

Zaid persoal Azalina enggan dedah rekod saham Azam Baki

Mantan Menteri Undang-Undang itu mendesak Azalina Othman Said menjelaskan alasan kerahsiaan rekod saham Azam Baki, meskipun siasatan telah selesai dan dokumen pemilikan direkodkan SSM

3:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Undang‑Undang, Datuk Zaid Ibrahim, mempersoalkan keengganan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang‑Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, mendedahkan rekod pemilikan saham bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Zaid dalam satu hantaran di Facebook hari ini, bertanya apakah aspek kerahsiaan yang masih perlu dilindungi oleh Azalina.

“Pegangan saham dalam syarikat direkodkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Siasatan juga telah selesai, jadi apakah lagi kerahsiaan yang perlu dilindungi?

Dari sudut kebertanggungjawaban, menteri patut beri jawapan yang sewajarnya kepada soalan di Parlimen,” katanya.

Terdahulu, Azalina dalam jawapan bertulis di Parlimen menegaskan rekod pemilikan saham Azam bukan dokumen awam dan tidak boleh didedahkan.

Beliau menjawab soalan Lee Chean Chung (PH–Petaling Jaya) yang meminta perdana menteri menyenaraikan urus niaga pembelian saham Azam dari 2012 hingga 2026 serta tempoh ketika jumlah nilai pegangan sahamnya melebihi RM100,000.

Azalina berkata maklumat yang diminta merupakan sebahagian daripada dokumen siasatan, maklumat peribadi dan pengisytiharan aset yang dilindungi di bawah undang‑undang berkaitan dan oleh itu bukan dokumen awam.

Katanya, isu berkaitan pemilikan dan pengisytiharan aset, termasuk pegangan saham bekas ketua SPRM itu, telah diteliti secara menyeluruh oleh pasukan petugas khas yang ditubuhkan pada Februari lalu.

“Jawatankuasa itu menyelesaikan siasatan secara bebas, telus dan profesional, dan hasil dapatan mereka telah dibentangkan kepada Kabinet,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa “tindakan sewajarnya telah diambil berdasarkan dapatan jawatankuasa berkenaan”.

“Sehubungan itu, sekiranya terdapat perkembangan atau keputusan rasmi mengenai perkara ini yang wajar diketahui umum, pengumuman akan dibuat oleh pejabat ketua setiausaha negara,” katanya. – 8 Julai 2026

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related