◉ HEADLINES

PAS tak tuntut jawatan, sedia sokong Umno: Hadi

Abdul Hadi berkata PAS tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar atau Exco, sebaliknya mahu memastikan kuasa politik Melayu Islam kekal dominan tanpa ekstremisme

9:08 AM MYT

 

MUAR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan Perikatan Nasional (PN), khususnya PAS, bersedia menjalin kerjasama termasuk menyumbang kerusi kepada Umno sekiranya parti itu gagal memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu ini.

Beliau berkata gabungan itu juga tidak keberatan menyokong Umno menerajui jawatan Menteri Besar serta membentuk barisan Exco baharu.

“Kalau Umno menang, …Umno jadi menteri besar. Suka hati Umno nak lantik Exco orang dia atau siapa.

Jika ada kelemahan (Umno tidak memiliki majoriti), PAS boleh tampung kelemahan itu bergantung kepada kerusi yang kita menang, mungkin boleh bentuk kerajaan dengan ‘simple majority’ (majoriti mudah).

Kalau nak majoriti dua pertiga, kalau PAS cukup kerusi, cukup jumlah, PAS boleh tampung. Atau pun tak cukup majoriti, PAS boleh tampung. Yang penting kuasa politik Melayu Islam dan bukan Islam tak ekstrem.

Kalau dia (Umno) sudah cukup jumlah, tak jadi masalah,” katanya pada sidang media selepas ceramah Grand Finale PRN Johor di Simpang Jeram, Bakri, malam tadi.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi PN merangkap Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir; serta semua 11 calon PAS yang bertanding pada PRN kali ini.

Hadi menegaskan PAS tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Johor mahupun Exco kerajaan negeri.

Dalam ucapannya, beliau turut menyeru pengundi Umno agar membantu memberi undi kepada PAS di kerusi ditandinginya.

“Tempat Umno tanding PAS tak tanding, orang PAS tolong orang Umno. Maka tempat PAS orang Umno, kena tolong orang PAS, itu kita kiralah ini kesepakatan kita ambil.

Kita mahu supaya parti yang mewarisi kemerdekaan seperti PAS, Umno, MCA, MIC menerajui negeri,” katanya. – 9 Julai, 2026

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related