◉ HEADLINES

Kerajaan bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, masih tanggung RM20.1 bilion

Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong berkata kerajaan telah melunaskan RM42.5 bilion hutang 1MDB, namun masih menanggung baki RM20.1 bilion jika tiada lagi pemulangan dana

12:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah melunaskan sebanyak RM42.5 bilion bagi menanggung hutang dan komitmen 1Malaysia Development Bhd (1MDB), termasuk bayaran prinsipal, faedah, kos guaman, kos operasi serta komitmen lain, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.

Beliau berkata kerajaan juga masih bertanggungjawab menanggung Nota Jangka Sederhana Islam (Sukuk Islamic Medium Term Notes) berjumlah RM8.9 bilion yang dijamin kerajaan.

“Komitmen itu meliputi bayaran prinsipal sebanyak RM5 bilion dan faedah RM3.9 bilion yang akan matang pada 2039,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Tanggungan dan pemulangan dana

Liew menjelaskan secara keseluruhan, tanggungan 1MDB yang telah dan masih perlu ditanggung kerajaan berjumlah RM51.4 bilion, manakala dana berkaitan 1MDB yang berjaya diperoleh semula setakat ini ialah RM31.3 bilion.

“Sekiranya tiada lagi pemulangan dana pada masa hadapan, kerajaan masih perlu menanggung baki sebanyak RM20.1 bilion daripada keseluruhan obligasi tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Chong Chieng Jen (PH–Stampin) yang meminta Kementerian Kewangan menyatakan jumlah keseluruhan hutang 1MDB yang ditanggung Kerajaan Persekutuan serta jumlah yang telah dibayar setakat ini. – 9 Julai, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

RM200m World Cup rights fee puts Malaysia’s 2026 viewing at risk

Malaysia could miss live coverage of the 2026 FIFA World Cup as a steep RM200 million broadcasting fee strains Astro and RTM, raising doubts over whether fans will be able to watch football’s biggest tournament

More than 100 Foodpanda riders protest over low wages at company headquarters

New Google Maps-based system forces riders to make more deliveries to make ends meet

◉ Related