◉ HEADLINES

Liew nafi Jho Low masuk Malaysia bagi rundingan pembayaran balik 1MDB

Jho Low berdepan pelbagai pertuduhan termasuk rasuah dan pengubahan wang haram di Amerika Syarikat dan Malaysia serta dikaitkan dengan peranan dalam penyelewengan sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion daripada 1MDB

1:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong menafikan dakwaan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low pulang ke Malaysia bagi menghadiri rundingan berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bersama delegasi dari China, penghujung tahun lalu.

“Saya menafikan tuduhan tersebut,’’ katanya ringkas.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar) di Parlimen hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong. – Gambar fail Bernama, 9 Julai, 2026

Syed Saddiq sebelum itu ingin mengetahui dakwaan bahawa Jho Low bersama delegasi China masuk ke Malaysia bagi merundingkan pembayaran semula 1MDB.

Sambil menyifatkan dakwaan kemasukan Jho Low ke Malaysia sebagai “pelanggaran yang amat serius terhadap kedaulatan Malaysia”, Syed Saddiq menggesa Liew memberikan jawapan secara langsung, bukannya merujuk perkara itu kepada kementerian lain.

“Sampai hari ini belum dapat pengesahan daripada kerajaan mengenai dakwaan Jho Low dan delegasi China masuk ke Malaysia. Harap dapat beri jawapan dan jangan taichi (menolak) kepada kementerian lain,’’ katanya.

Mei lalu, portal Sarawak Report melaporkan bahawa Jho Low, dikatakan memainkan peranan penting dalam rundingan sulit antara China dan Malaysia untuk melupuskan hutang berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada penghujung tahun lalu.

Artikel itu turut memetik sumber yang mendakwa mesyuarat melibatkan ahli perniagaan buruan tersebut diadakan di Kuala Lumpur, di bawah perlindungan delegasi China.

Pada bulan yang sama, Jho Low, yang merupakan individu paling dikehendaki dalam kes 1MDB dilaporkan cuba memohon pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Memetik laporan Wall Street Journal (WSJ), jika diluluskan, ia akan menggugurkan pertuduhan jenayah di Amerika Syarikat terhadapnya.

Jho Low, yang didakwa mendalangi kecurian lebih AS$4.5 bilion (RM20.7 bilion) daripada Malaysia melalui kes 1MDB itu hilang pada 2016 ketika pihak berkuasa dari Singapura hingga ke Australia dan AS menyiasat kes penipuan besar-besaran tersebut. – 16 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related