◉ HEADLINES

Empat penunggang RXZ maut kemalangan di LPT

Polis berkata siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku selepas sebuah motosikal merempuh belakang sebuah kereta di lorang kanan

9:38 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Empat penunggang motosikal Yamaha RXZ maut dalam kemalangan melibatkan 12 motosikal dan sebuah kereta di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kemaman, awal pagi tadi.

Mangsa yang terkorban dalam kejadian pada jam 1.20 pagi itu dikenali sebagai Che Mohd Sufian Che Ghani, 40; Muhammad Hafiz Al Hakim Mazlan, 33, dan Mohd Aizat Husni, 33, yang meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara seorang lagi mangsa, Muhammad Safawi Md Noh, 24, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Kejadian dikatakan berlaku ketika sekumpulan penunggang motosikal itu berkonvoi menuju ke Kemaman.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Ashari Abu Samah berkata, siasatan awal mendapati kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun dari Kuantan itu sedang dalam perjalanan menghala ke Kemaman ketika kemalangan berlaku.

“Siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang Che Mohd Sufian melanggar bahagian belakang kereta tersebut sebelum penunggangnya terjatuh ke lorong kanan.

“Beberapa penunggang motosikal lain yang berada di belakang gagal mengelak halangan itu, sekali gus mengakibatkan perlanggaran berantai,” katanya dalam satu kenyataan.

“Kemalangan itu turut menyebabkan seorang penumpang kereta iaitu seorang kanak-kanak berusia 13 tahun cedera pada tengkuk, manakala pemandu tidak mengalami kecederaan,’’ katanya dalam kenyataan.

Jumlah sebenar mangsa yang cedera, katanya, belum diperoleh dan mereka kini dirawat di HTAA.

Ashar memberitahu, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – 11 Julai, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

Jakim, Islamic affairs get RM2 bil under Budget 2025

This includes maintenance for educational infrastructure under dept, increased Kafa teacher quota, rehabilitation for GISB kids

◉ Related