◉ HEADLINES

‘Doakan’ Bella hadir di mahkamah, beri sokongan pada Syed Saddiq

Bella Astillah mendoakan yang terbaik untuk Syed Saddiq menjelang keputusan rayuan akhir Ahli Parlimen Muar itu

8:57 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tunang kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Bella Astillah yang hadir di Istana Kehakiman di Putrajaya pagi ini sebagai tanda sokongan, mendoakan yang terbaik untuk Ahli Parlimen Muar itu.

“Doakan,’’katanya ringkas, ketika ditemui media.

Pelakon dan penyanyi itu, merupakan antara individu terawal tiba di Istana Kehakiman hari ini, bersama ahli keluarga Syed Saddiq bagi menantikan keputusan mahkamah.

Ibu bapa kepada Syed Saddiq, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz dan Syed Abdul Rahman Al-Sagoff pula tiba sekitar jam 7.30 pagi.

Keputusan itu akan dibaca oleh Panel tiga hakim terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Datuk Seri Abu Bakar Jais, Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Ia sepatutnya didengar pada 30 Jun lalu, namun terpaksa ditangguhkan selepas Hakim Che Ruzima bercuti sakit.

Malam tadi, menerusi video yang dimuatnaik dalam Facebooknya, Syed Saddiq meminta rakyat Malaysia supaya turut mendoakan agar sistem keadilan negara terus melindungi semua pihak tanpa mengira kedudukan atau pengaruh.

Bekas Presiden Muda itu berkata beliau berharap sistem keadilan akan terus menegakkan kedaulatan undang-undang berasaskan bukti dan peruntukan undang-undang, tanpa dipengaruhi oleh kuasa, sambil menyerahkan sepenuhnya keputusan kesnya kepada mahkamah.

“Esok hari penentu di Mahkamah. Saya sudah berusaha. Selebihnya saya serahkan kepada Allah.Kebenaran tidak perlukan kuasa untuk berdiri.

“Hasbunallahu wa ni’mal wakil. Kepada Allah saya berserah,’’ katanya.

Pada 25 Jun 2025, Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan Syed Saddiq, 33, daripada empat pertuduhan itu selepas membenarkan rayuannya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada 9 Nov 2023.

Pejabat Peguam Negara (AGC) kemudiannya memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan sehari selepas keputusan itu.

Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali yang ketika itu Penolong Bendahari Armada untuk melakukan pecah amanah terhadap dana Armada berjumlah RM1 juta di CIMB Bank Berhad, KL Sentral pada 6 Mac 2020.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Syed Saddiq turut berdepan pertuduhan menyalahgunakan RM120,000 milik Armada Bumi Bersatu Enterprise di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Selain itu, Syed Saddiq turut dituduh melakukan dua transaksi pengubahan wang haram iaitu memindahkan RM50,000 ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 15 tahun serta denda lima kali nilai terbabit. – 13 Julai, 2026

Topics

 

◉ Hangat

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Penjawat awam kerja dari rumah tiga kali seminggu, syarat daftar SPOT-Me setiap sejam

Tempat bekerja pegawai semasa BDR ialah di rumah yang didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) sahaja

◉ Related