◉ HEADLINES

Najib dijadual jalani prosedur buang plak berhampiran salur darah : Rosmah

Rosmah turut berdoa supaya prosedur yang akan dijalani oleh Najib akan dipermudahkan serta berjalan dengan lancar

1:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dijadualkan menjalani satu prosedur perubatan bagi membuang plak yang terletak berhampiran salur darah, kata isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Menerusi hantaran di Facebooknya malam tadi, Rosmah turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang menghubungi, bertanya khabar dan menitipkan doa serta kata-kata semangat untuk suaminya.

“Beliau dijadualkan menjalani satu prosedur perubatan bagi membuang plak yang terdapat berhampiran saluran darah.

“Saya amat menghargai keprihatinan yang ditunjukkan oleh sahabat-handai, rakan-rakan serta para penyokong beliau,’’ katanya.

Menurut Rosmah, dalam saat ini, beliau memohon agar semua pihak terus mendoakan semoga segala urusan dan prosedur yang bakal dijalani Najib akan dipermudahkan, berjalan dengan lancar serta dikurniakan kesihatan dan kekuatan.

Media sebelum ini melaporkan Najib akan menjalani satu prosedur jantung di Hospital Serdang dan perkara itu disahkan oleh pegawai khasnya, Ahmad Lutfi Azhar.

Najib, 72, kini sedang menjalani hukuman penjara selama enam tahun selepas disabitkan bersalah dalam kes melibatkan SRC International Sdn. Bhd. Tempoh hukumannya dijadualkan berakhir pada 23 Ogos 2028.

Beliau juga dijatuhi hukuman penjara selama 15 tahun oleh Mahkamah Tinggi selepas disabitkan kesalahan atas pertuduhan menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hukuman penjara itu akan bermula selepas beliau selesai menjalani hukuman penjara semasa.

Najib telah memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman dalam kes 1MDB tersebut. – 19 Julai, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related