◉ HEADLINES

Enam beradik didakwa edar dadah, berdepan hukuman mati

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 39 B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39 B (2) akta sama serta dibaca dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau pemenjaraan seumur hidup

2:46 PM MYT

 

IPOH – Enam beradik hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengedar dadah jenis heroin seberat 118.87 gram, minggu lepas.

Muhammad Affandi Zulkafli, 41, Muhammad Khairul Azmil Zulkafli, 40, Shahrul Azwan Zulkafli, 38, Mohamad Shah Herman Zulkafli, 35, Muhamad Amirul Zulkafli, 29, dan Mohamad Hafizi Zulkafli, 27, yang kesemuanya penganggur hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norizan Riduan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama melakukan perbuatan itu di sebuah pondok tidak bernombor bersebelahan sebuah rumah di Laluan Usaha, Kampung Che Zainal Tambahan 1, Chemor di sini pada 9.20 malam, 21 Julai lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39 B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39 B (2) akta sama serta dibaca dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau pemenjaraan seumur hidup dan hendaklah jika tidak dihukum mati, dihukum sebat minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin memandangkan hukuman adalah berat dan menetapkan 22 Okt depan untuk status laporan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zarris Sofea Zainudin manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah akan turut bersidang di wad Hospital Raja Permaisuri Bainun pada petang ini bagi rakan mereka Mohd Ismail Borhan, 43, yang dirawat di hospital berkenaan atas masalah kesihatan, untuk pertuduhan sama. – 28 Julai, 2026

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related