◉ HEADLINES

Cari titik keseimbangan tangani isu anjing liar: MB Selangor

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan tindakan berterusan terhadap anjing liar dibuat demi kemaslahatan awam, sambil menggesa pelbagai pihak tidak 'memilih kasih' dalam membuat tuduhan berikutan insiden kematian anjing bernama Rocky

2:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengingatkan semua pihak agar tidak membuat tuduhan secara selektif berhubung isu kawalan anjing liar di Selangor, sambil menegaskan kerajaan negeri sentiasa mengutamakan keselamatan awam dan kebajikan haiwan secara seimbang.

Amirudin berkata, sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) adalah berpandukan keperluan menjaga keselamatan masyarakat tanpa mengabaikan aspek perundangan dan kebajikan haiwan.

“Kita akan ambil tindakan berterusan terhadap anjing liar… cuma kerajaan negeri kena bertindak demi kemaslahatan umum.

“Tindakan dibuat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang juga bangkitkan isu keselamatan rakyat tetapi kenapa tuduhan dikenakan oleh pihak tertentu, pihak luar.

“Sebab itu saya sebutkan titik keseimbangan. Titik keseimbangan adalah kita perlu buat tindakan, elakkan daripada peristiwa anjing berkeliaran yang menyebabkan faktor keselamatan. Jadi, jangan selektif dalam membuat tuduhan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Himpunan Penjawat Awam bersama Menteri Besar Selangor di Auditorium Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) hari ini.

Mengulas lanjut, Amirudin menjelaskan bahawa pendirian berkenaan turut menyelarasi titah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang mahukan tindakan tegas dikenakan terhadap mana-mana pihak yang menganiaya haiwan.

“Janganlah marah jika ada orang prihatin dalam bab kebajikan haiwan sebab kita juga menjaga kebajikan manusia,” tambah beliau.

Kenyataan Menteri Besar itu hadir susulan ketegangan awam berikutan insiden penangkapan seekor anjing liar bernama Rocky oleh Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) di Taman Teluk Gedung Indah, Pelabuhan Klang pada akhir bulan lalu.

Tular di media sosial sebelum ini, operasi penangkapan anjing berkenaan bertukar kecoh apabila Rocky dilanda sesak nafas dan mati sejurus selepas ditangkap oleh petugas PBT. Insiden itu mencetuskan kemarahan aktivis kebajikan haiwan serta komuniti setempat yang menyifatkan tindakan penangkapan tersebut terlalu kasar.

Isu berkenaan turut mendapat perhatian ADUN Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri, yang menggesa prosedur operasi standard (SOP) penangkapan haiwan liar dikaji semula demi mengelakkan insiden sama berulang.

Kes kematian Rocky kini berada dalam siasatan pihak polis di bawah peruntukan Akta Kebajikan Haiwan 2015. – 3 Ogos, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related