◉ HEADLINES

Ismail cadang wujud jawatan Timbalan Exco, barisan baharu diumum minggu ini

Menteri Besar Datuk Ismail Lasim mempertimbangkan langkah mewujudkan jawatan Timbalan Exco bagi beberapa portfolio penting, sebagai pendekatan baharu memperkukuh pentadbiran Negeri Sembilan

11:52 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Negeri Sembilan sedang meneliti cadangan mewujudkan jawatan Timbalan Exco bagi beberapa portfolio sebagai usaha memperkukuh pentadbiran kerajaan negeri.

Menteri Besar Datuk Ismail Lasim berkata jawatan Exco secara keseluruhannya akan diisi oleh beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti komponen termasuk Barisan Nasional (BN), PAS dan Parti Wawasan Negara (Wawasan).

“Kita mungkin tidak dapat menempatkan semua wakil rakyat dalam barisan Exco, jadi kita sedang mempertimbangkan untuk mewujudkan jawatan imbalan Exco bagi beberapa portfolio yang saya fikirkan penting,” katanya kepada pemberita di Wisma Negeri, di sini hari ini.

Beliau menjelaskan cadangan itu merupakan pendekatan baharu dalam pentadbiran kerajaan negeri, namun jumlah Timbalan Exco yang akan dilantik masih belum diputuskan.

Mengulas lanjut, Ismail berkata jawatan Exco Kanan pula masih belum dimuktamadkan walaupun terdapat peruntukan bagi pelantikan berkenaan.

Beliau menambah pelantikan barisan Exco negeri dijangka diumumkan seawal Jumaat ini atau selewat-lewatnya Isnin depan.

Terdahulu, Ismail, 67, memulakan tugas rasmi pada hari pertamanya di Pejabat Menteri Besar di Wisma Negeri pada jam 9 pagi, disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Zafir Ibrahim bersama ketua-ketua jabatan.

Ismail yang memenangi kerusi DUN Juasseh pada PRN Negeri Sembilan mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti, pada Ahad.

PRN Negeri Sembilan melibatkan 36 kerusi DUN dengan kemenangan BN di 18 kerusi serta Perikatan Nasional (PN) tujuh kerusi, membolehkan kedua-dua gabungan itu membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga. – 4 Ogos, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related