◉ HEADLINES

‘Mahu bentuk gabungan baharu’ keanggotaan Bersatu dalam PN tergugur automatik

Perkara itu, katanya, adalah berdasarkan kepada perlembagaan PN yang berkait dengan penyertaan dalam gabungan lain

3:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keanggotaan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) tergugur secara automatik selepas presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan parti itu membentuk gabungan baharu.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, perkara itu adalah berdasarkan kepada perlembagaan PN yang berkait dengan penyertaan dalam gabungan lain.

“Dia sudah membuat kenyataan nak tubuh satu pasukan lain. Dengan sendiri automatik keluar dari PN.

“Ikut perlembagaan bila kita pergi ke parti lain, habislah,’’ katanya.

Pada 17 Julai lalu, Muhyiddin dilaporkan berkata, Bersatu akan membentuk sebuah gabungan baharu yang lebih hebat selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Menurutnya, ia termasuk parti dalam Ikatan Prihatin Rakyat (IPR) antaranya Putra dan Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (URIMAI).

“Saya nak berikan gambaran bahawa selepas PRN Negeri Sembilan ini, Bersatu tidak berseorangan lagi.

“Insya-ALLAH kita akan bentuk satu gabungan yang hebat selepas pilihan raya ini,’’ katanya.

Terdahulu, media melaporkan Bersatu Terengganu hampir lumpuh apabila Datuk Razali Idris mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Badan Pimpinan negeri.

Razali, yang juga exco kerajaan negeri bagaimanapun tidak mengulas mengenai perletakan jawatan itu.

Beliau dikatakan menghantar surat peletakan jawatan kepada Muhyiddin Yassin pada 16 Julai lalu. – 7 Ogos, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related