◉ HEADLINES

MARA gantung petugas IPMa berkait gangguan seksual, tidak akan ‘sorok’ demi imej: Asyraf Wajdi

Menyifatkan insiden itu sebagai perbuatan songsang yang tidak akan dikompromi, Pengerusi MARA mengarahkan siasatan menyeluruh dan mendesak mangsa tampil membuat laporan polis

11:02 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengambil tindakan tegas menggantung serta-merta tugas seorang pekerjanya yang didakwa terlibat dalam salah laku gangguan seksual membabitkan sekurang-kurangnya lapan orang pelajar di sebuah Institusi Pendidikan MARA (IPMa).

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, penggantungan tugas itu dilaksanakan bagi membolehkan siasatan secara mendalam dan menyeluruh dijalankan tanpa sebarang gangguan atau campur tangan daripada pihak yang berkaitan.

Menurut Asyraf Wajdi, kes salah laku berkenaan mula terbongkar selepas beliau menerima aduan secara terus menerusi mesej daripada beberapa orang pelajar yang mendakwa menjadi mangsa, sebelum beliau mengarahkan pihak pengurusan tertinggi MARA mengambil tindakan serta-merta.

“Puas saya memujuk mereka agar buat juga laporan polis kerana ia membabitkan kes jenayah. Saya pelik pelajar tersebut lebih berani mengadu terus kepada saya berbanding pihak pengurusan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasminya hari ini.

Tegas Asyraf Wajdi, MARA tidak akan sama sekali bertolak kompromi dengan mana-mana salah laku sedemikian, selain memberi jaminan bahawa tiada sebarang isu atau kes akan ditutup atau disorok semata-mata demi menjaga imej dan reputasi institusi.

“Jangan takut buat laporan atas sebarang salah laku, terutamanya gangguan seksual. MARA tidak sesekali akan berkompromi perilaku songsang dan akan mengambil tindakan tegas termasuk buang kerja pihak yang terlibat,” katanya lagi. – 16 Ogos, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related