◉ HEADLINES

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta kepada setiap Parlimen

Perdana Menteri berkata ia bagi membolehkan keperluan rakyat, khususnya membabitkan kebajikan, kemudahan asas dan masalah setempat ditangani dengan lebih pantas tanpa dibelenggu birokrasi berlebihan

5:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan RM1 juta bagi setiap kawasan Parlimen di seluruh negara yang akan disalurkan secara terus untuk memastikan keperluan dan bantuan mendesak rakyat dapat dilaksanakan segera.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia bagi membolehkan keperluan rakyat, khususnya membabitkan kebajikan, kemudahan asas dan masalah setempat ditangani dengan lebih pantas tanpa dibelenggu birokrasi berlebihan.

Beliau berkata peruntukan tambahan itu membuktikan komitmen Kerajaan MADANI untuk terus memperkukuh bantuan kepada rakyat di peringkat akar umbi.

“Peruntukan tidak pernah dikurangkan, malah hari ini saya nak umumkan untuk setiap kawasan Parlimen, langsung kepada rakyat, saya umumkan tambahan RM1 juta bagi setiap kawasan Parlimen,” kata beliau.

Anwar mengumumkan demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata suntikan peruntukan itu melengkapkan pelbagai inisiatif perlindungan sosial sedia ada, termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang keseluruhannya mencecah RM16 bilion.

Perdana Menteri berkata agenda membasmi kemiskinan dan mengurangkan tekanan kos sara hidup terus menjadi keutamaan Kerajaan MADANI, dengan kadar kemiskinan tegar kini berjaya diturunkan kepada 0.09 peratus.

“Terjemahan daripada kejayaan makroekonomi ke mikroekonomi adalah melalui program-program membela nasib rakyat. Sama ada B40 mahupun M40, bantuan persekolahan, jualan Rahmah dan sokongan pembiayaan perumahan diberikan secara menyeluruh tanpa meminggirkan mana-mana kaum,” kata beliau.

Sehubungan dengan itu, Anwar menggesa kepimpinan dan jentera parti di peringkat cabang serta ranting supaya turun padang menerangkan pelbagai inisiatif kerajaan dan memastikan bantuan yang disediakan benar-benar sampai kepada golongan memerlukan.

Beliau berkata usaha tersebut penting supaya rakyat bukan sahaja mengetahui bentuk bantuan yang tersedia, malah dapat menikmati sepenuhnya manfaat daripada pelbagai dasar dan program yang dilaksanakan kerajaan. – 16 Ogos, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related