◉ HEADLINES

Siasatan terhadap Felda, TH perlu telus, segera: Anwar

Anwar berkata beliau akan menunggu laporan lengkap Pasukan Petugas Khas yang menyiasat isu pengurusan Felda sebelum membuat sebarang pengumuman rasmi

2:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Siasatan melibatkan Lembaga Tabung Haji (TH) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) perlu dijalankan dengan telus dan segera, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, sebarang permasalahan wajib ditangani dan soal pengurusan serta tatakelola itu perlu diberikan penekanan.

Beliau turut mengingatkan siasatan terhadap TH tidak seharusnya dijadikan sebagai isu kaum dan agama.

“Kalau ada, kita kenal pasti masalah, kita ambil tindakan. Jadi jangan jadikan ini sebagai permasalahan kaum atau agama. Seperti yang berlaku dalam Tabung Haji.

“Malah kalau tanya saya, orang Islam, orang Melayu patut lebih sungguh-sungguh lebih teliti dalam soal pengurusan, akhlak dan nilai. Kerana kita patut jadi contoh,’’ katanya ketika berucap pada Sesi Ramah Mesra Bersama Pengurusan Tertinggi Dan Pengurus Felda di sebuah hotel di Bangi, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau akan menunggu laporan lengkap Pasukan Petugas Khas yang menyiasat isu pengurusan Felda sebelum membuat sebarang pengumuman rasmi.

Menurutnya, pasukan petugas khas itu telah memulakan tugas dan dapatan siasatan dijangka dibentangkan dalam masa terdekat.

“Pasukan petugas khas itu telah bermula dan saya tunggu lengkap siasatan, baru kita umumkan dalam masa singkat.

“(Aspeknya merangkumi) semua perkara tentang pengurusan, membaiki pengurusan … tentunya mengenal pasti permasalahan lepas, tetapi yang pentingnya ialah pengurusan kini dan langkah-langkah ke depan,” kata beliau.

Sebelum ini, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa kontroversi yang melanda TH sengaja dibesar-besarkan oleh pihak tertentu semata-mata kerana institusi kewangan itu membawa “jenama Islam”.

Ahli Parlimen Marang itu berkata pihaknya tidak menafikan kewujudan kepincangan atau salah laku dalam institusi kewangan Islam tersebut, namun mendakwa kepincangan lebih besar di institusi lain tidak mendapat perhatian yang sama.

Dalam ucapannya itu juga, Anwar memberitahu, beliau telah menulis surat kepada Presiden Indonesia, Prabowo Subianto berkait dengan isu pelaburan Felda di negara berkenaan iaitu syarikat EHP untuk meminta beliau melihat permasalahan berkenaan.

“Sekarang tersangkut di Mahkamah Tinggi Indonesia. Saya telah menulis kepada Presiden Prabowo Subianto. Minta beliau melihat juga permasalahan ini,’’ katanya.

Media sebelum ini melaporkan Pasukan Petugas Khas berkaitan Felda dijangka siap dalam tempoh beberapa bulan lagi sebelum didedahkan kepada umum.

Anwar berkata beliau akan mengeluarkan laporan berkenaan kepada umum sebaik sahaja disiapkan dan meminta orang ramai membacanya seperti laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH). – 21 Ogos, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related