◉ HEADLINES

Anggota APM dipatuk ular ketika demonstrasi meninggal dunia

Pengarah APM Pahang Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata Sarjan (PA) Muhamad Muazam Shah Kamardin, 39, meninggal dunia kira-kira 1.50 pagi tadi

11:26 AM MYT

 

KUANTAN – Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang dipatuk ular tedung selar ketika melakukan demonstrasi di sebuah program di Temerloh semalam, meninggal dunia awal pagi ini. 

Pengarah APM Pahang Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata Sarjan (PA) Muhamad Muazam Shah Kamardin, 39, meninggal dunia kira-kira 1.50 pagi tadi. 

“Muhamad Muazam Shah meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Che Adam berkata jenazah Muhamad Muazam Shah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Bukit Kelulut, Temerloh pagi ini. 

Sebelum ini, anggota berkenaan dilaporkan dipatuk pada jari tangan kanan dalam kejadian 10.50 pagi semalam dan bertindak keluar dewan untuk mencucinya.

Mangsa kemudiannya telah pitam di luar dewan dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. – 23 Ogos, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related