◉ HEADLINES

Gesaan penubuhan audit forensik Felda akan dibincang dalam Kabinet: Anwar

Zahid sebelum ini menyarankan audit forensik perlu dijalankan bagi mengenal pasti sama ada berlaku penyalahgunaan kuasa, pecah amanah atau pelanggaran tatakelola dalam pengurusan Felda

11:19 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Gesaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar audit forensik dijalankan ke atas Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan dibincangkan dalam Kabinet.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Universiti Putra Malaysia, Serdang, hari ini.

“Kita akan bincang dalam Kabinet,’’ katanya.

Pada Ahad, Zahid berkata, audit forensik perlu dijalankan bagi mengenal pasti sama ada berlaku penyalahgunaan kuasa, pecah amanah atau pelanggaran tatakelola dalam pengurusan Felda.

Menurut Zahid, audit pengurusan sahaja tidak memadai memandangkan isu melibatkan agensi itu telah berlarutan sejak sekian lama dan mengakibatkan kerugian mencecah berbilion ringgit.

“Felda menghadapi permasalahan yang begitu besar dan lama. Kehilangan atau kerugian RM9 bilion tidak boleh ditoleransikan,” katanya.

Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian ketika ditanya mengenai sokongan terhadap penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat Felda.

Jumaat lepas, Perdana Menteri berkata beliau akan menunggu laporan lengkap pasukan petugas khas yang menyiasat isu pengurusan Felda sebelum membuat sebarang pengumuman rasmi.

Anwar berkata pasukan petugas khas itu telah memulakan tugas dan dapatan siasatan dijangka dibentangkan dalam masa terdekat sebelum didedahkan kepada umum sebagaimana laporan RCI mengenai Tabung Haji.

Malah Anwar menyatakan beliau telah menulis surat kepada presiden Indonesia, Prabowo Subianto berkait dengan isu pelaburan Felda di negara berkenaan melibatkan syarikat Eagle High Plantations (EHP).

Menurut Anwar, ia adalah contoh pelaburan dan keputusan masa lalu yang melibatkan kerugian berbilion ringgit.

“Sekarang tersangkut di Mahkamah Tinggi Indonesia. Saya telah menulis kepada Presiden Prabowo Subianto. Minta beliau melihat juga permasalahan ini.

“Kerugian kalau tidak ditangani (ialah) RM2.5 bilion, yang mungkin kita perolehi nanti hanya RM200 juta. Ini satu contoh,’’ katanya. – 25 Ogos, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Malaysia sees 11.1% increase in crime rate, with property offences and assaults leading the rise

The latest report reveals a spike in property crimes and assaults, while homicides and kidnapping cases show signs of improvement

◉ Related