◉ HEADLINES

Jerebu: Serian catat IPU tahap bahaya, bacaan 364

Samarahan pula merekodkan bacaan IPU kedua tertinggi tahap bahaya iaitu 316 manakala Kuching merekodkan bacaan 297 dan Sri Aman 215 iaitu bacaan sangat tidak sihat

11:07 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kawasan Serian mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tahap bahaya setakat 10.40 pagi ini, dengan bacaan mencecah 385.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU itu direkodkan di stesen pemantauan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian.

Sementara Samarahan pula merekodkan bacaan IPU kedua tertinggi tahap bahaya iaitu 316 manakala Kuching merekodkan bacaan 297 dan Sri Aman 215 iaitu bacaan sangat tidak sihat.

13 kawasan pula merekodkan bacaan IPU tidak sihat pula antaranya ialah Sarikei (196), Sibu (189), Bintulu (182), Samalaju (173), Mukah (173), Kapit (160), Miri (157) dan Batu Muda (153), Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri (153), Johan Setia di Selangor (153), Taiping dan Tanjung Malim di Perak (108) serta Labuan (103)

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala IPU melebihi 300 dikategorikan sebagai bahaya.

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan bacaan daripada 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

Semalam, Bernama melaporkan  Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan kes asma di fasiliti sentinel meningkat lebih lapan kali ganda kepada 1,811 kes bagi Minggu Epidemiologi ke-34, berbanding 219 kes pada minggu sebelumnya.

Kes konjunktivitis turut meningkat daripada 146 kepada 720 kes, manakala tiada kematian berkaitan komplikasi jerebu dilaporkan.

KKM menasihatkan orang ramai, terutama kanak-kanak, warga emas dan pesakit paru-paru kronik, supaya mengehadkan aktiviti fizikal di luar bangunan, serta memakai pelitup muka seperti N95 jika perlu berada di kawasan terbuka. – 30 Ogos, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Harimau Malaya likely to lose seven players permanently despite CAS ruling: AFC

It says eligibility falsification case may trigger further disciplinary review after CAS upholds 12-month ban

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

◉ Related