◉ HEADLINES

PRN Melaka: DUN dijangka bubar lepas PAU 2026

Ahmad Zahid memberi bayangan strategi baharu PRN Melaka, namun tegaskan tiada kompromi untuk menyerahkan kerusi sedia ada kepada rakan gabungan

11:11 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dijangka dibubarkan sejurus selesai Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 yang dijadualkan berlangsung dari 9 hingga 12 September ini, sekali gus membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan awal bahawa pendekatan serta rumusan politik yang bakal dimainkan BN dalam PRN kali ini tidak akan mengikut acuan lama.

“Selepas PAU (jangkaan bubar DUN). Tidak ada formula yang sama digunakan untuk tempat yang berbeza. Jadi kita harus menyesuaikan formula itu.

“Melaka landskap politiknya berbeza, maka mungkin ada perbezaan dari segi formula dan jalinan kerjasama dengan parti-parti gabungan untuk menjadi rakan kongsi politik kita,” katanya, memetik BH.

Pertahan 21 kerusi hak hakiki

Walaupun sedia meneroka formula baharu, Ahmad Zahid menegaskan BN kekal berpendirian tegas untuk mempertahankan kesemua 21 kerusi DUN yang dimenanginya pada PRN 2021.

“Ketika itu, UMNO bertanding solo dan kita mendapat 21 kerusi (DUN) selepas ketika itu ada parti yang mahu bertanding 15 kerusi DUN daripada 28 kerusi yang dipertandingkan.

“Kami mengambil satu keputusan yang agak sukar ketika itu untuk kita bertanding solo. Namun, keberhasilannya cukup jelas. Kita memperoleh (kemenangan) 21 kerusi DUN.

“Dengan kesukaran mendapatkan 21 kerusi DUN itu, adalah mustahil untuk Melaka, (UMNO dan BN) berkompromi dengan menyerahkan sebahagian daripada yang sudah berada di rumah kita untuk diberi kepada orang lain. Jadi, itulah prinsipnya,” tegas beliau.

Bagaimanapun, ruang rundingan masih belum ditutup sepenuhnya bagi baki tujuh lagi kerusi DUN.

“Kerusi itu boleh direbut oleh mana-mana pun parti gabungan kerana siapa pun yang menang, mereka akan bersama-sama dengan kita dan kita sentiasa membuka pintu untuk menjalin kerjasama,” tambahnya.

Lampu hijau perbincangan tidak formal

Mengulas lanjut mengenai persediaan gabungan, Ahmad Zahid mendedahkan bahawa saluran perbincangan tidak rasmi merentasi blok politik kini telah pun bergerak.

“Secara tidak formal, perbincangan sudah diadakan dengan PN dan juga dengan PH, tetapi sebagaimana yang pernah saya sebut, keputusan untuk pengagihan kerusi ini sebaik-baiknya dibuat selepas DUN Melaka itu dibubarkan,” jelasnya sambil tidak menolak kemungkinan mengekalkan Ab Rauf sebagai ‘poster boy’ BN pada PRN akan datang.

Siklus pentadbiran DUN Melaka secara rasminya bakal tamat pada penghujung Disember ini.

Sebelum ini, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh turut memberi petunjuk pembubaran mungkin berlaku dalam bulan ini bagi membolehkan PRN diadakan sekitar Oktober, selaras dengan tempoh persediaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). – 3 September, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

◉ Related