◉ HEADLINES

SPRM gantung pemakaian baju oren OKS berkuatkuasa serta-merta

Bagi pemakaian gari pula adalah bergantung kepada keadaan tertentu dan dikecualikan kepada OKS yang uzur, Orang Kurang Upaya (OKU), kanak-kanak dan warga emas

7:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke mahkamah bagi permohonan reman susulan gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya perkara berkenaan dikaji semula.

Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, langkah itu berkuatkuasa serta-merta dan diambil susulan perkembangan terkini serta saranan semasa berkaitan tatacara pengendalian OKS, khususnya ketika proses membawa mereka ke mahkamah.

“OKS dibenarkan memakai pakaian biasa ketika dibawa ke mahkamah, manakala pemakaian baju lokap hanya terpakai sepanjang tempoh OKS berada dalam tahanan di lokap.

“Bagi pemakaian gari pula adalah bergantung kepada keadaan tertentu dan dikecualikan kepada OKS yang uzur, Orang Kurang Upaya (OKU), kanak-kanak dan warga emas,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Abd Halim berkata, SPRM akan terus mengambil langkah berjaga-jaga serta memastikan kawalan keselamatan dilaksanakan dengan sewajarnya dalam setiap proses pengendalian OKS.

“SPRM kekal komited bagi memastikan setiap tindakan yang diambil dalam pengendalian OKS dilaksanakan secara profesional, berintegriti, berhemah dan selaras dengan peruntukan undang-undang serta prosedur yang ditetapkan,’’ katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri berkata individu yang memberikan kerjasama sepenuhnya dalam sesuatu siasatan tidak perlu dipakaikan baju tahanan berwarna oren ketika dibawa ke mahkamah sebelum mereka dituduh secara rasmi.

Beliau berkata langkah itu wajar dipertimbangkan bagi mengelak persepsi negatif masyarakat terhadap individu terbabit memandangkan proses siasatan masih berjalan dan mereka belum berdepan sebarang pertuduhan. 

Selasa lepas, seorang bekas menteri dibawa ke mahkamah dengan memakai baju tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga bagi proses permohonan reman berhubung siasatan isu pajakan hotel berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) di Arab Saudi.

Malah dalam beberapa kes reman sebelum ini, terdapat kritikan terhadap pemakaian baju tahanan SPRM berwarna oren memandangkan mereka baru ditahan untuk siasatan dan tidak didakwa di mahkamah lagi. – 4 September, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related