◉ HEADLINES

Isu kedudukan Tuanku Muhriz: MB Negeri Sembilan nafi penglibatan Zahid

Ismail berharap isu melibatkan adat di Negeri Sembilan dapat diselesaikan dengan baik, penuh hikmah dan mengikut lunas undang-undang demi kestabilan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat negeri itu

9:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim menafikan dakwaan penglibatan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam sebarang usaha untuk menjatuhkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Dalam kenyataannya, Ismail berharap isu melibatkan adat di Negeri Sembilan dapat diselesaikan dengan baik, penuh hikmah dan mengikut lunas undang-undang demi kestabilan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat negeri itu.

“Merujuk kepada laporan yang disiarkan oleh The Straits Times bertarikh 8 September 2026, saya ingin menafikan dakwaan penglibatan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Umno dalam sebarang usaha untuk menjatuhkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

“Saya sentiasa menyokong Presiden Umno serta seluruh barisan kepimpinan parti yang sentiasa menjunjung, mempertahankan dan memelihara keluhuran institusi Raja-Raja Melayu serta prinsip Raja Berperlembagaan,’’ katanya.

Ismail sebelum ini memaklumkan Kerajaan Negeri Sembilan menzahirkan sokongan penuh dan taat setia kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Jelasya, fokus beliau ketika ini adalah melaksanakan amanah demi kepentingan rakyat dan negeri. – 8 September, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related